Tahukah anda di manakah tempat misteri di Malaysia yang paling menakutkan dari dulu sehingga sekarang? Tak dapat dinafikan lagi bahawa Malaysia juga boleh tahan seram dan angker bila kau pergi tempat-tempat bersejarah atau yang terbiar lama. Mungkin di antara korang pernah pergi tempat2 ni, jom kita lihat 10 tempat misteri di Malaysia yang paling menakutkan.
Penjara Pudu
Penjara Pudu terkenal sebagai tempat misteri di Malaysia yang paling menakutkan terutamanya dalam kalangan pekerja penjara serta anak muda yang sering berurusan atau singgah di sana. Ramai sering terdengar bunyi jeritan dari bilik perlaksanaan hukuman gantung sedangkan tiada sesiapa dalam bilik tersebut. Memasuki sebahagian kawasan penjara Pudu ini, anda akan merasa seram sejuk dan meremang bulu roma secara tiba-tiba.
Untuk pengetahuan anda, Penjara Pudu yang merupakan kem tahanan perang oleh pihak Jepun suatu masa dahulu pada era kolonial British ini mempunyai tahanan yang ramai sehingga 2000 orang tahanan. Jika anda masih ingat, Botak Chin turut merupakan tahanan disini dan telah dihukum gantung pada 1981. Pada tahun 2009, Penjara Pudu ini dirobohkan kerana pihak terlibat akan membangunkan sebuah pusat komersial di sini.
Mimaland Batu 12
Mimaland Batu 12 adalah sebuah taman tema air yang terkenal sejak tahun 1980 lagi. Satu kejadian malang yang tak dapat dilupakan berlaku di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada tahun 1993 telah menyebabkan kematian seseorang iaitu warganegara Singapura. Mimaland menutup kawasan tersebut sementara waktu untuk kerja pembaikian. Namun tragedi berulang pada tahun 1994 dimana kolam renang yang sama berlaku kerosakan dan dimasuki air lumpur akibat tanah runtuh. Akhirnya, Mimaland ditutup lagi bagi membaiki kawasan tersebut.
Tanpa disedari ia terbiar begitu sahaja dan kini banyak makhluk entiti yang menghuni kawasan Mimaland. Kisah kelibat manusia tanpa kepala dan suara-suara menakutkan di Mimaland sering menjadi bualan orang ramai.
Balai Polis Gombak
Balai Polis Gombak lama ini telah lama terbiar dan ditinggalkan. Bukan nak kata, tapi semua orang-orang sado, yang berani atau gengster macam mana pun tetap akan takut untuk datang ke sini. Tempat misteri di Malaysia yang paling menakutkan ini mempunyai pelbagai kisah misteri seperti terdapat kelibat atau entiti yang menampakkan dirinya kepada anda pada malam-malam tertentu.
Anda juga pasti merasai kedatangannya, adakalanya makhluk yang seram ini juga sering mengajuk apa yang anda perkatakan. Paling menakutkan lagi, ia bukanlah satu tetapi banyak. Jangan sesekali datang ke sini, jangan sesekali celupar dan buat benda yang tidak elok di sini. Walau anda berkhayal bagaimana sekalipun, ia tetap ada menghantui anda.
Sandakan Memorial Park
Lokasi ini didedikasikan buat mereka yang mati semasa Sandakan Death Marches. Antara Januari hingga Ogos 1945, ribuan tahanan Australia dan British dipaksa berkawad daripada Sandakan ke Ranau, dengan jarak sejauh 260km. Hanya 6 tahanan yang berjaya meloloskan diri. Mereka telah dibunuh, diseksa dan dilayan dengan kejam sehingga banyak kematian yang tidak disenangi yang menyebabkan banyak roh berkeliaran di sini.
Di Taman Memorial Park Sandakan ini juga berlakunya kejadian dan kisah mistik di mana pernah ramai orang melihat seorang perempuan menaiki buaian di atas tasik. Secara logiknya, mana ada buaian di tasik kan? Ada juga yang sering mendengar bunyi suara wanita menjerit dan mengilai, kemungkinan ia adalah roh wanita yang telah dijumpai mati di sini suatu ketika dahulu.
Bukit Hantu
Tak sangka tempat misteri di Malaysia seperti ini wujud! Sudahlah menakutkan bunyi namanya, apatah lagi jika anda sendiri jejak kaki ke sini. Bukit Hantu dikenali dengan nama Bukit Maung ini sebenarnya merupakan tempat yang paling seram dan menakutkan di Asia.
Tempat ini pada asalnya menjadi kubu bagi mempertahankan Pulau Pinang, namun kubu ini menjadi milik Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Di sinilah tempat mereka melaksanakan hukuman pancung dan seksaan tentera dan mangsa. Berikutan itu, banyak roh yang mengganggu dan menjadi penunggu di tempat ini. Kini, ia telah menjadi Muzium Perang yang dikatakan tempat misteri di Malaysia yang paling menakutkan.
Lebuhraya Karak
Lebuhraya Karak terkenal dengan kisah seram yang melibatkan Volkswagen kuning. Kereta itu akan muncul setiap kali ia telah berlalu dengan niat untuk menyebabkan berlakunya kemalangan di sepanjang jalan itu. Pada tahun 1990, hampir sebuah lori, bas dan 10 buah kereta telah mengalami kemalangan dan ramai sudah terbunuh. Oleh sebab banyak kejadian yang telah berlaku, lebuhraya di antara Pahang dan Kuala Lumpur ini jarang diguna pakai lagi2 pada waktu tengah malam, dan ia menjadi perbualan mulut netizen setelah apa yang kerap berlaku disitu. Ada yang kata memang terowong tu ber ’penunggu’ dan ada yang kata disebabkan badan kita penat atau mengantuk, jadi kita akan nampak kelibat yang bukan2.
Mungkin kelibat atau ‘benda halus’ nak memberitahu jangan pandu laju sangat dalam terowong tu. Sebab ramai juga yang memandu secara laju dan merbahaya di highway tersebut.
Tambun Inn Hotel, Ipoh
Tak sampai hati nak menginap di tempat misteri di Malaysia yang paling menakutkan ini jika anda telah mengetahui kisahnya. Tambun Inn adalah sebuah hotel yang sering diganggu dengan kerap. Ia terletak di Ipoh, Perak. Bukan sahaja anda yang menginap di sini sering diganggu tetapi sesiapa melintasi kawasan hotel ini juga akan merasa pelik dan mengalami sesuatu yang misteri.
Korang jangan confuse, Tambun Inn Hotel terletak di Ipoh, Perak. Bukan Tambun! Kalau korang tengok dari map di atas, bersebelahan Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz ialah tempat tanah perkuburan! Memang seram lerrrrr.
Antara perkara seram yang pernah berlaku adalah kenderaan mereka yang melalui kawasan ini akan terasa berat secara tiba-tiba. Penginap di sini pula pernah mendengar tangisan, bisikan dan jeritan seseorang tetapi tidak tahu siapa. Hotel ini juga selalu mengalami perkara menakutkan seperti suis lampu dihidupkan dan dimatikan secara tiba-tiba. Yang paling tak dapat dilupakan, ada penginap yang tidur di bilik lain tetapi bangun di bilik lain. Hotel Tambun Inn, Ipoh yang terletak berhampiran jerat cina ini sememang misteri.
Amacam?? Ternaik gak kan bulu roma korang?? Antara banyak2 misteri yang menakutkan, Lebuhraya Karak, kalau drive sorang2 time tengah malam, memang cuak habis lah! Nak lari mana beb! Hantu naik Volkswagen okay!
Kredit gambar utama: via Traces of War, Diari Si Froggie & MYMKU.NET