Kisah-kisah Seram Lagenda Yang Popular Pada Zaman Ibu Bapa Kita

Dalam hidup korang, pernah tak korang alami kisah misteri atau alami gangguan daripada benda-benda ghaib seperti hantu kat mana-mana tempat yang korang lawati? 

Takpon dari kisah ibu bapa korang ke dulu2? Kali ni Uncle Jimi akan kongsikan tentang cerita-cerita misteri yang pernah boleh dikatakan viral dan jadi buah mulut rakyat Malaysia masa tu. Kalau korang jenis yang suka baca cerita seram, korang berada kat artikel yang betul…

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:maxresdefault (1).jpg

1. Volkswagen Kuning

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu dan sering sahaja mengganggu sesiapa yang melalui lebuhraya Karak. Kereta Volkswagen kuning ini dikatakan telah mula mengganggu kenderaan di lebuhraya Karak sejak daripada tahun 1956 lagi. Namun, selepas lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning ini semakin berani menunjukkan dirinya.

Ia dikatakan mengganggu hampir semua kereta yang lalu dengan cara memotong kereta yang ada dengan tiba-tiba dan secara mengejut kemudiannya dia akan memperlahankan semula Volkswagen kuning tadi agar anda memotongnya semula. Tetapi, ada yang kata bahawa jangan potong semula kereta Volkswagen kuning tersebut jika korang tak nak sesuatu yang tidak diingini terjadi.

Punca utama kewujudan kereta Volkswagen kuning ini di lebuhraya Karak adalah dipercayai daripada sebuah kisah yang mana seorang isteri telah berlaku curang dan telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudiannya merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya. Akibat daripada itu, suaminya telah menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula kereta Volkswagen kuning tersebut dan sebab itulah kereta Volkswagen kuning itu sering sahaja dilihat mengganggu sesiapa sahaja yang melalui lebuhraya Karak itu.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:budak-sesat-cari-mak.jpg
Kredit: seramshit.com

2. Budak kecil yang merayau mencari ibunya…

Kisahnya bermula apabila pada satu malam ada seorang lelaki daripada Kuala Lumpur yang mahu pulang ke rumahnya. Akibat terlalu penat, lelaki ini telah memilih untuk berhenti dan tidur di tepi RnR. Namun, baru sahaja beberapa minit dia terlelap, dia telah dikejutkan dengan bunyi ketukan tingkap daripada luar dan rupa-rupanya ada seorang budak lelaki sedang merenungnya tanpa berkelip dan menanyakan kepadanya tentang di mana keberadaan ibunya.

Lelaki tersebut panik dan terus menghidupkan enjin kereta dan memecut laju meninggalkan tempat tersebut. Namun begitu, dia melihat budak tersebut masih mengejarnya dengan laju dan bertanya jika dia mengetahui di mana keberadaan ibunya. Kemudian, sebuah kereta peronda polis telah muncul dan mengekori kereta lelaki tersebut dan pada ketika itulah kelibat hantu budak kecil itu tadi menghilangkan diri.

Kewujudan hantu budak lelaki di RnR lebuhraya adalah dipercayai daripada sebuah kisah kemalangan yang pernah berlaku di kawasan tersebut yang mana kemalangan tersebut dipercayai berlaku kerana penumpang yang berada dalam kereta tersebut tidak memakai tali pinggang keledar keselamatan semasa memandu.

Dalam kemalangan tersebut, ibu kepada budak lelaki tersebut telah tercampak keluar dan budak lelaki tersebut masih berada dalam kereta tersebut. Oleh sebab itulah hantu budak lelaki itu masih merayau dan tercari-cari di mana keberadaan ibunya. Ada juga yang mengatakan bahawa semasa kemalangan itu berlaku, mata budak lelaki itu telah tercucuk dengan cermin kereta yang pecah.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:75210857_2852301848133950_4257032474099449856_n.jpg

3. Diganggu Kak Ponti

Kisah ini berlaku pada tahun 2006 ketika saya baru balik kerja dari Kelian Intan singgah sebentar di tempat kerja kerana serah peralatan kerja dan mahu pulang ke rumah sewa.

Ketika kejadian saya tengah menunggang motosikal mahu segera balik ke rumah sewa. Jam waktu itu menunjukkan tepat jam 1.45 pagi.

Suasana sungguh sunyi sekali. Kedengaran dari jauh bunyi salakan anjing bersahut sahutan, menimbulkan rasa seram ketika itu. Motor dan kereta tiada pula yang lalu lalang yang ada hanyalah bunyi enjin motor EX5 kepunyaan saya.

Sedang saya membawa motosikal membelah keheningan malam, lalu sebuah motosikal hendak bersaing dengan saya. Setelah motor itu berjaya memotong dengan laju, dengan tidak semena-mena bulu roma saya berdiri.

Tiba-tiba motosikal saya menjadi berat dan sukar untuk dikawal. Dengan rasa sifat ingin tahu saya memberanikan diri melihat ke arah cermin sisi belah kanan arah belakang.

Ya Allah!!! Ape yang saya nampak ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu, apa yang saya lihat adalah mahkluk berbaju putih,rambut panjang mengurai sambil menundukkan rupa sedang membonceng motosikal saya.

Masih ku ingat ketika itu, dengan keadaan terperanjat begitu nyaris-nyaris saya hendak jatuh.

Saya terpaksa memberanikan diri membawa motosikal walaupun takut tapi tetap digagahi jua. Sampai di simpang hendak balik ke rumah sewa saya, dengan keberanian yang ada saya terus berkata kepada makhluk yg membonceng motor “aku nak balik ni, jangan ganggu aku!! sampai sini sahaja aku boleh bagi kau tumpang motor!! kau boleh turun sekarang!!” selepas itu saya bertakbir sekuat hati.

Lalu dengan kuasa Allah S.W.T makhluk itu pun hilang dari pandangan ku.

Sesampainya di rumah sewa, petua orang tua dulu-dulu kenalah meludah di belakang sebanyak 2 kali.

Setelah memberi salam,saya pun terus masuk ke rumah sewa dan tidur. Mujurlah tiada gangguan ketika berada di rumah.

Kisah ini adalah kejadian benar yg dialami oleh penulis sendiri, jadi pastinya kalian akan tertanya-tanya dimanakah lokasi rumah sewa tersebut. Biarlah ia menjadi satu misteri.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:bas berhantu.jpg

4. Kisah duit tambang yang bertukar menjadi daun apabila tiba tempat dituju

Kisahnya bermula apabila pemandu bas yang berada di sekitar situ menceritakan pada satu malam selepas bas terakhir daripada Kuala Lumpur ke Bentong dalam lebih kurang pukul 9.00 malam, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang pada kebiasaannya akan berada dalam keadaan sunyi. Seperti kebiasaannya, konduktor akan memberikan tiket bas kepada semua para penumpang dan mereka akan memberikan wang.

Keadaan dalam bas pada ketika itu sangat riuh rendah oleh para penumpang dan bila hampir sampai di Bentong para penumpang telah turun di sebuah kawasan hutan ataupun kampung. Namun, setibanya konduktor bas tadi di stesen Bentong dan mahu mengira semula duit yang diberikan oleh para penumpang tadi, dia sangat terkejut kerana melihat dalam beg yang dibawanya hanya penuh berisi dengan daun sahaja dan bukannya duit seperti yang diberikan oleh para penumpang semasa mengambil tiket tadi.

Kalau korang yang kena situasi macam kat atas tu, apa tindakan korang? Kalau Uncle Jimi, terus terang cakap, memang akan lari! Seram! HAHAHA!

Kredit gambar utama: via Star, CARI Infonet & S. Koidl

Read Previous

Cara-cara Menarik Untuk Pelajar Yang Berada Di Kampus Atau Asrama

Read Next

7 Tempat Misteri Di Malaysia Yang Paling Menakutkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

12 − seven =