Setiap tahun, Amerika Syarikat akan buat kempen iklan besar-besaran untuk semua industri dalam negaranya. Tak kisahlah industri automotif, makanan dan sebagainya.
Semua akan tampil dengan macam2 iklan yang kreatif yang kita sendiri pon ‘mindblown’. Tak faham? Alahhh, macam kita jugalah, bila perayaan nak dekat je, syarikat besar2 seperti TNB, Petronas dan etc. akan keluarkan iklan yang unik dan kreatif. Lebih kurang samalah ni. Tapi ini kempen ya, bukan sekadar suka2 buat iklan dekat tv.
Pada tahun 2020, Burger King menyertai kempen tersebut dan juga menampilkan tema “The beauty of no artificial preservatives.”. Iaitu bermaksud “Keindahan tanpa bahan pengawet.”
Dalam kempen tersebut, Burger King menunjukkan burger Whopper ikonik mereka yang seperti berkulat. Daripada memaparkannya dengan gaya fotografi yang cantik dan sempurna yang selalu biasa digunakan untuk buat iklan produk makanan segera, Burger King membiarkan produknya yang paling ikonik menjadi busuk dan berkulat.
Mereka ingin menunjukkan bahawa bahawa tidak ada bahan pengawet, rasa, atau warna buatan yang ditambahkan ke burger.
Disebabkan iklannya memang kreatif dan berlainan daripada yang lain, Burger King menang anugerah kempen tersebut!
Apa pendapat korang? Iklan mereka berjaya menarik perhatian?
Kredit gambar utama: via Burger King & CNBC