Banyak kisah seram yang kita dengar dari mulut orang takpon daripada tengok movie. Tapi jarang kita nampak ‘real footage’. Kalau movie pon, itu dah tambah grafik, bunyi efek dan sebagainya.
Ini adalah pengalaman Farisha atau dikenali sebagai @Alyaa_Aleraa96 di halaman Twitter. Kisah ini berdasarkan dari ‘real footage’ ya. Agitu.
Kisahnya bermula bila dia memutuskan untuk menambahkan aktiviti mendaki ke rutin senamannya kerana pergi ke gym dah mula bosan. Kononnya nak tukar angin dalam rutin harian dia.
Dia mula mendaki Bukit Beruang di Melaka, sampai je di situ, dia pon mula pendakiannya di salah satu laluan jalan. Nak dijadikan cerita, masa dia jalan salah satu laluan dakian, Farisha lalu sorang2.
Tiga hari kemudian, masalah itu bermula.
Rupa-rupanya, ada ‘sesuatu’ yang berjalan dengan dia sepanjang pendakian di laluan tersebut. Dan benda tu mula ‘mengunjunginya’ bila dah balik ke rumah.
Ketika dia pulang pada pukul 11 malam itu, dia mendapati pintu rumahnya tidak terkunci. Pada mulanya, dia menyangka bahawa beberapa rakan serumahnya ada di rumah. Namun, ketika dia periksa setiap bilik member dia, tidak ada seorang pun di rumah.
Masa tu berkemungkinan Farisha berasa penat dan tak terfikir benda pelik pon, dia fikir mungkin pakguard kot buat lawatan dekat rumahnya, jadi dia kembali ke biliknya tanpa fikir panjang.
Pada waktu tengah malam, dia mulai mendengar suara pelik, seperti suara orang berlari di luar pintu, membanting pintu, suara air mengalir dan yang lebih buat lagi seram, ‘benda’ tu mengetuk pintu biliknya.
Anda mungkin mahu menaikkan audio untuk yang ini:
Dia ingatkan salah satu member dia yang dah balik ketuk pintu biliknya, jadi Farisah pon jawab. “Ya, pintu tidak terkunci, masuklah”.
Namun, ketukan itu berterusan dan hanya berhenti pada pukul enam pagi, dan dia mula rasa pelik takkan member dia bergurau sampai macam tu sekali. Farisha tertanya diri sendiri ketika itu.
Masa menunjukkan dah nak pukul 6 pagi, baru ketukan itu terhenti.
Seram en?? Belum habis lagi ceritanya ya guys. Esok malam lagi seram!
Ketika Alyaa pulang dari membuat assignment di luar, dia mendapati pintu tidak terkunci lagi.
Pada pukul 9 malam, dia mula mendengar bunyi pelik macam malam sebelumnya, tetapi kali ini, bunyi lain plak ‘benda’ tu buat.
Dia mula mendengar kerusi dan meja diseret di ruang tamu, dan suaranya lebih kuat daripada ketukan yang dia alami sehari sebelumnya.
Terus Farisha cuak, takut, rasa seram dan segala macam perasaanlah masa tu sebab memang bukan benda lain kalau bukan ‘benda’ tu kacau dia.
Dia memutuskan untuk keluar dari rumahnya tapi untuk keluar daripada rumah tersebut, dia terpaksa lalu ruang tamu, di mana bunyi seret2 tu ada. Jadi dia tutup mata sambil pergi ke arah pintu keluar rumah.
Sampai je pintu keluar, yang paling menyeramkan bila nak buka pintu, tapi tak boleh kerana terkunci. Yang peliknya pintu tu hanya boleh kunci dari dalam, jadi tidak mungkin ada orang yang mengunci pintu dari luar!
Dengan perasaan berdebar2, Farisha suruh dirinya tenang dan cuba membuka pintu tu perlahan2, nasib baik pintu tersebut boleh dibuka.
Dia kemudian berlari ke restoran makanan berdekatan dan telefon ibu bapanya untuk menceritakan pengalaman yang menakutkan itu.
Setelah duduk di restauran untuk seketika, dia memutuskan untuk kembali ke rumahnya untuk mengemas barang-barangnya sebab berkemungkinan dia akan stay di hotel untuk malam itu. Dia juga menceritakan pengalamannya kepada warden, dan yang mengejutkan, warden memberitahu bahawa kejadian seperti itu juga berlaku kepada rakan pelajar di blok lain.
Tiga warden menemaninya ke rumah, dan ketika dia sampai di rumahnya, dia mendapati bahawa ia terkunci. Dia merasa pelik kerana dia yakin bahawa dia tidak mengunci pintu dalam keadaan panik untuk lari dari tempat itu.
Mereka pon cari kunci untuk rumah tersebut, salah seorang warden berjaya mencari kunci dan mereka semua masuk ke dalam.
Farisha terkejut, semua meja dan kerusi berada di tempatnya yang betul walaupon kedengaran macam ‘benda’ itu seret dari satu tempat ke tempat yang lain. Dia mengambil semua barangnya dan tinggal di sebuah hotel pada malam itu.
Akibat dari pengalaman tersebut, dia tidak memberitahu rakan sebiliknya tentang hal itu kerana dia juga tidak mahu mereka diganggu kerana ‘benda’ ni suka kalau ceritanya dibesar2kan atau seseorang itu menjadi takut. Lagilah ‘benda’ tu seronok nak kacau kau!
Beberapa hari selepas itu, keadaan kembali normal. Tapi pengalaman tu still seram wehhh. Bukan senang nak lupakan macam tu je.
Apa pendapat korang? Troll atau benar?
Kalau korang ada pengalaman seram nak kongsi dengan Cik Kiah, sila cerita dekat komen dibawah, manatahu kisah korang akan di ceritakan dalam kisah seterusnya.
Kredit gambar utama: via Twitter @Alyaa_Aleraa96