Kisah Benar Hantu Perpustakaan

Pada lewat malam yang dingin lagi sepi, dua pelajar perempuan yang berasal di Indonesia sedang belajar di perpustakaan universiti. Mereka terpaksa stay late sebab kena buat assignment penting yang harus dihantar pada hari berikutnya. Memang sebagai pelajar universiti, memang biasa sangat stay late buat assignment!

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:AP_17081025105296-1-938x625.jpg
Kredit: via talkpoverty.org

Nak dijadikan cerita, hanya diorang berdua sajalah pelajar yang masih tinggal di perpustakaan pada malam itu. Memang lengang habis kampus sebab semua dah tidur dalam bilik masing2.

Sedang mereka sibuk buat kerja dengan laptop diorang, seorang pengawal keselamatan kampus menghampiri dan tegur dari belakang mereka.  “Sudah hampir waktu tutup,” katanya dengan suara ramah. “Kenapa tak pulang lagi?”  

“Sebentar ya, tuan,” jawab salah seorang gadis itu, “Sebab kami mempunyai tugas kumpulan penting yang harus kami serahkan pada jam 7 pagi. Tetapi dah nak siap, boleh beri kami masa dalam satu jam?”  

“Baiklah, tapi dah lewat ni, saya pon nak terus tutup dan kunci pintu, saya akan tunggu kamu berdua,” kata pengawal keselamatan. “Saya akan jaga di sini dari belakang, berdekatan dengan pintu masuk untuk memastikan tiada apa2 yang berlaku.”

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:1_QpiMCRW0oL8IxI-SvV6O0A.jpg

Gadis-gadis itu sangat menghargai jasa pengawal tersebut. 

Tanpa melengah-lengahkan masa, mereka pon menyiapkan kerja mereka. Setengah jam berlalu, ketika mereka hendak menulis kesimpulan, tiba-tiba… TOCK!  

Salah seorang perempuan itu terjatuhkan pensilnya ke lantai dan ia berpusing ke tempat pengawal itu berdiri. Ketika gadis itu membongkok untuk mengambil pensil, dia melihat sesuatu yang membuatnya pelik dan menimbulkan perasaan takut.  

Gadis itu terkejut, lalu mengambil pensilnya dan tanpa sepatah kata apa pun, dia mula mengemas bukunya dengan secepat yang mungkin. Rakannya bingung dan tertanya-tanya mengapa kawannya begitu cemas.  

“Maaf, saya harus pulang,” kata gadis itu. “Perut saya sakit teruk.”    

Kemudian, dia berlari secepat mungkin ke pintu keluar terdekat, meninggalkan rakannya bersendirian dengan pengawal keselamatan misteri.  

Dua minit kemudian, telefon gadis yang masih di dalam perpustakaan berdering. Dia menerima ‘voice message’ dari gadis pertama tadi.  

Ia berbunyi: “Kau cuba jatuhkan pen dekat dengan tempat pengawal tu berdiri, dan kau angkat pen sambil tengok badan pengawal tu dari bawah ke atas. Baru kau faham kenapa aku lari.”  

Gadis kedua pon keliru, tetapi dia melakukan seperti yang disuruh oleh member dia dan cuba jatuhkan pen tersebut dilantai. Ketika dia membongkok untuk mengambilnya, dia melihat suatu kelibat yang mengerikan.  

Pengawal keselamatan itu tidak mempunyai kaki dan melayang di atas tanah seperti hantu.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:kristy-2014-001-haley-bennett-library-hide-out-1000x750.jpg

Dia hampir-hampir nak menjerit, tetapi dia sempat meletakkan tangan di mulutnya. Dia cuba bertenang, dan meletakkan pen di atas meja tu balik. Gadis itu toleh perlahan-lahan untuk melihat wajah pengawal keselamatan itu. Tetapi perasaan resah membuat dia semakin takut.  

Dengan emosi yang tak keruan, gadis itu pon cuba melarikan diri. Lantas dia berpura-pura menerima panggilan telefon dan melakukan perbualan, seolah-olah ibunya memintanya pulang.  

Ketika dia menutup telepon, dia menoleh ke arah pengawal keselamatan dan berkata, dengan suara gementar, “Tuan, terima kasih kerana teman saya, tapi saya kena balik dulu lah.”  

“Eh! Cepatnya siap?” tanya pengawal itu. “Bukan banyak lagi ke.”  

“Ya tuan,” jawab gadis itu dengan gagap. “Tetapi saya kena balik. Mak saya panggil suruh pulang. “

Pengawal keselamatan itu tersenyum sinis. Dengan suara yang dalam dan menakutkan, dia berbisik kepada gadis itu: 

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:4367.jpg
Kredit: via skeptoid.com

“OH INGATKAN KAU BALIK SEBAB DAH TAHU PAKCIK SEBENARNYA BUKAN MAKHLUK YANG KAU SANGKAKAN. HEHEHEHEHE”

Kredit gambar utama: via BFI & media.com

Read Previous

Perlanjutan PKP Perlu Atau Tidak? Menurut WHO, Covid-19 Tidak Akan Hilang Pada Tahun 2021

Read Next

Iklan Burger King Berkulat Memenangi Anugerah Kempen Promosi 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × 4 =