Nampak gayanya, dengan memanjangkan tempoh PKP atau pon tidak, virus Covid-19 tetap akan merebak dan akan bertambah teruk jika kita tidak mengambil langkah2 untuk berhati2. Jangan anggap sambil lewa disebabkan dah ada vaksin, korang rasa dah kebal pula ya. Tidak sama sekali.
Sebagai netizen yang bertanggungjawab, kita perlu mengamalkan penjarakan sosial dan juga tahap kebersihan diri yang tinggi. Bersama kita jayakan perang menentang Covid-19.
Sekadar pesanan, korang jangan lupa ambil vaksin!
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, jumlah kes baru meningkat minggu lalu di Eropah, Amerika, Asia Tenggara dan Mediterranean timur.
“Sebahagian daripada ini adalah kerana pelonggaran langkah-langkah kesihatan masyarakat, peredaran varian yang berlanjutan, dan orang-orang yang mengabaikan langkah-langkah pencegahan virus tersebut.
“Vaksin akan membantu menyelamatkan nyawa, tetapi jika negara hanya bergantung pada vaksin, mereka akan melakukan kesalahan. Langkah-langkah asas kesihatan awam tetap perlu dititik beratkan. ”
Maria Van Kerkhove, ketua teknikal Covid-19 WHO, menambah: “Berdasarkan dari analisis kami, virus ini akan pulih tetapi kita tetap harus menjaga dan patuh cara-cara pencegahan virus tersebut.” – via World Health Organization (WHO)
Jadi, terpulang kepada masyarakat dan netizen, samada nak ambil vaksin ataupon tetap mahu berdegil.
Kredit gambar utama: via malaymail.com & themalaysianreserve.com