Adakah korang tahu 5 tempat yang boleh senang nak dapat jangkitan dan pada yang sama mempercepatkan penyebaran virus Covid-19?? Kalau korang nak tahu, antaranya adalah:
- Restoran
- Bar
- Café
- Festival atau perayaan di tempat awam
- Hotel
Kluster baharu yang diumumkan oleh laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):
Dengan pandemik sekarang dan kemunculan kluster baharu, macam mana korang boleh selamba redah dan pergi tempat2 macam ni tanpa sebab yang munasabah??
Yang terdesak, yang ada surat pelepasan apa semua tu, takpa lagi. Yang tanpa sebab tu?? Uncle Jimi jem lah dengan orang macam ni! Kemain korang kan bila vaksin dah ada, pantang boleh redah dan rentas sikit, semua keluar berkeliaran!
Uncle Jimi pesan sekali lagi, virus Covid-19 boleh bermutasi, vaksin yang kita dapat sekarang ni bukan vaksin tetap! Korang tak takut ke?
Selagi kita boleh bendung, kita kasi bendung!
Kredit gambar utama: via Google & TodayOnline.com