Kita PKP, Si Kitty Pula Bercuti!

Pada Isnin (18 Jan 2021) yang lepas, terdapat penampakan kucing berbaju Hawaii dekat kawasan perumahan di Tampines, Singapore. Orang yang terjumpa kucing tu adalah Keith Shadowz, dia tak tahu nak kesian atau merasakan comel tengok keadaan kucing tersebut!

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:138391928_770466300485146_6080762162515827902_o (1).jpg
Staycay or vacay mana tu? HAHA! Kredit: FB @Keith Shadowz/Singapore Missing Cats

Walaupon comel, Keith mengambil gambar kucing tu dan post ke group FB Singapore Missing Cats, jikalau ada orang kehilangan kucing ke apa kan. Sebab nanti selamba bawa balik kena report. Takpasal pula nanti.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:9784 (1).jpg
Kredit: FB @Keith Shadowz/Singapore Missing Cats

Netizen yang nampak post Keith terasa terhibur dan telah menarik perhatian mereka! Kemon! Kucing berbaju Hawaii kot! Kalau Uncle Jimi pon cair!

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:01f8.png
Kredit: Facebook

Keith berkata yang dia cuba nak cabut bajunya tapi kucing tu plak ajak bergaduh, kiranya kucing tu macam tak bagi Keith mendekatinya. Keith hanya dapat membukakan butang baju atas kucing tu je.

Ada juga netizen yang turut simpati dengan si kitty comel tu. Semoga berjumpa dengan owner kembali. 

In the meantime, enjoy lah percutian awak kitty oii! Kalau ada shades, complete dah si kitty tu kan!

Kredit gambar utama: FB @Keith Shadowz/Singapore Missing Cats

Read Previous

Sale RM139K Kurang 1 Jam, Ini Yang Content Creator Kena Belajar Dengan Khairulaming

Read Next

Kesiannya! Hanya Diterangi Lampu Jalan, Pak Cik Ni Jual Barang Bundle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen + 9 =