Bermula 13 Januari, 6 negeri dekat Malaysia akan dikenakan PKP bagi kawal penularan wabak COVID-19 selama 2 minggu.
Dan sehari sebelum PKP, viral satu video yang menunjukkan seorang pakcik berniaga bundle dengan hanya bantuan lampu jalan je, itu pun malap. Khemah pun tak ada gais.
Dari video tersebut, katanya pak cik tu berniaga selimut, cadar bundle & kerepek dekat kawasan pasar malas Isnin Sri Medan, Batu Pahat, Johor.
Dan bila diberitahu si perakam yang esok dah nak start PKP, pakcik tu macam terkesima “ha, yeke?”.
Sayu betul tengok keadaan beliau meniaga. Mesti dalam hati lagi beliau risau macam mana nak berniaga masa PKP ni.
Tak dinafikan, PKP memang bagi kesan kepada rakyat marhaen, terutamanya yang berniaga secara kecilan ni.
Kalau korang rasa apa yang korang ada tu tak cukup, marilah kita muhasabah diri kita balik, masa wabak ni melanda banyak lagi orang yang jauh lebih tak cukup daripada kita. Contohnya mangsa banjir.
Jomlah kita semua doakan semoga pakcik ni dan kita dimurahkan rezeki. Moga wabak ni cepat habis dan penduduk dunia boleh bekerja seperti biasa balik.