• 07/03/2021

Sale RM139K Kurang 1 Jam, Ini Yang Content Creator Kena Belajar Dengan Khairulaming

Sana sini orang bercakap pasal Khairulaming berjaya buat sales sampai RM139k tak sampai sejam.  Ada juga mulut mulut yang cakap sebab ada nama bolehlah dia jual sampai 10k botol. Kalau orang biasa nak dapat satu botol sale sehari pun susah.

Aip!

Bina branding

Sebenarnya betullah tu sebab nama Khairulaming tu yang buat orang membeli. Tapi korang kena ingat, berapa lama Khairulaming cipta branding dia tu.

4 tahun dia buat video-video yang menarik setiap hari. Bulan puasa tak pernah miss up satu video setiap hari. Editing yang cukup power walaupun video dia ada yang tak sampai 1 minit pun.

4 tahun dia konsisten tak jemu berkongsi resepi yang mudah dekat sosial media, sampaikan yang tak pandai masak boleh jadi sedap masakan bila guna resepi Khairulaming.

Tak lupa juga ada juga yang sampai boleh buat bisnes dengan resepi Khairulaming tau!

Apa yang dia dapat tu berbaloilah dengan yang kita dapat FOC selama 4 tahun dia jadi cef rujukan netizen termasuklah selebriti tanah air. 

Orang percaya

Bila dah bina branding & dapatkan kepercayaan orang ramai, tak susah pun kalau korang nak buat sales. Sebab orang dah yakin yang produk korang memang padu.

Macam Khairulaming memang buat content pasal makanan, jadi bila dia buat produk makanan memang orang percaya air tangan dia memang sedap punyalah!

Cara jualan

Cara Khairulaming sell product dia memang patut dipuji. Dia tak letak link WA tapi buat ikut Shopee supaya senang tak ada berlakunya isu lambat balas PM, telefon hang, miscommunication ke apa.

Semuanya thru’ Shopee yang mana app ni memang dah jadi kegilaan rakyat Malaysia sejak PKP lepas lagi.

Jangan putus asa

Yang penting jangan putus asa. Korang tengok Khairulaming. Tak pernah bosan up video makanan. Tak putus asa share ilmu-ilmu berkaitan resepi mudah terutamanya untuk orang bujang, akhirnya pengorbanan tu terbalas dengan bila dia jual produk orang sokong.

Jadi mana-mana content creator yang tengah struggle tu & rasa macam nak putus asa, berhenti kejap dan tengok semangat & passion Khairulaming. Mungkin lepas tu korang akan terinspirasi dengannya dan boleh strive for the better.

All the best!

Read Previous

Anak Conteng Kereta Bapa, Tapi Hasilnya Sangat Cantik!

Read Next

Kita PKP, Si Kitty Pula Bercuti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten + 3 =