Rusuhan AS Sekali Lagi Buktikan Ramalan The Simpsons Selalu Jadi Kenyataan

Kalau korang ikut siri kartun The Simpsons, mesti korang familiar dengan beberapa babak yang dikatakan sebagai ramalan masa depan yang dah jadi kenyataan.

Walaupun penulis The Simpsons, Bill Oakley menafikan skrip kartun yang dia tulis tu meramal masa depan & hanya kebetulan, tapi ada beberapa ramalan yang dah jadi kenyataan kuatkan lagi kepercayaan orang ramai bahawa The Simpsons tu ‘benar-benar’ dirancang.

Kredit: The Verge

Yang terbaru bila ramalan The Simpsons dalam satu siri Halloween ke-31 Simpsoms, Treehouse of Horror XXXI yang dikeluarkan tahun 2020 meramalkan yang AS akan berada dalam situasi ‘kiamat’ menjelang 2021 kerana pelantikan Presiden AS yang baru.

Kredit: Doomsday
Kredit: CNN

Dalam babak adalah tunjuk yang banyak robot keluar, keadaan jadi terlampau huru hara, bangunan dibakar dan watak Homer dipakaikan baju besi sambil pegang senapang.

Dan 7 Januari 2021 jadi tarikh keramat bila media melaporkan yang penyokong Donald Trump ramai-ramai berkumpul dekat jalanan dan serang bangunan Capitol yang jadi pertemuan Kongres AS & kerusi perundangan kerajaan persekutuan AS.

Kalau korang tengok thread dekat atas, korang akan nampak penyokong Trump pecah masuk Capitol dengan cara panjat dinding sebelum ramai-ramai memenuhkan bangunan. Walaupun dah diberi amaran untuk berundur oleh pengawal keselamatan, arahan tersebut tak dilayan. Malah pengawal pun diacah-acah untuk dicederakan.

Yang peliknya sampai podium pun dorang bawa lari!

Kredit: The Conversion

Dilaporkan daripada kejadian tersebut, 4 orang meninggal dunia dan 52 ditahan. Rata-ratanya mereka yang mukanya ada dalam video yang tersebar.

Apa pendapat korang tentang ramalan The Simpsons yang selalu sangat jadi kenyataan ni?

Read Previous

Sambungan. Panic Wedding 2.0 Netizen Nikah Beramai2

Read Next

Rowan Atkinson Stress & Penat, Mungkin Lepas Ni Tak Ada Lagi Mr Bean

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve − one =