• 07/03/2021

Kucing Tak Boleh Jalan, Tengok Apa Tuan Dia Buat

Sama macam manusia, ada haiwan yang ada kekurangan daripada segi fizikalnya. Berbeza dengan haiwan lain yang normal, mereka ni perlukan perhatian lebih sikit daripada tuannya.

Macam yang berlaku dekat seekor kucing ni.

Dia tak boleh bergerak macam kucing lain. Sebabkan kaki belakang dia macam lumpuh, meow ni hanya mampu bergerak guna kaki depan dan seret badan belakang dia.

Duk kesiankan meow kesayangan, tuannya pun rekakanlah wheelchair DIY untuk dia dan pakaikan sebagai ganti kaki belakang dia tu. Guna lori mainan jee.

Sekali… dia punya bergerak, laju geng! Sampai tak sempatlah tuan nak rekod video sebab semua benda pun dia langgar. Excited sangat le tu dah dapat lari laju daripada sebelum ni. Mesti dia rasa ringan je kan.

Happy dengan meow ni. Walaupun muka dia nampak selamba tapi mesti dalam hati dia happy gila dapat bergerak laju kan?

Kalau korang pun ada meow yang istimewa macam ni, bolehlah happykan dia dengan buat benda sama.

Selamat mencuba!

Kredit gambar: Nor Zee

Read Previous

Sambungan. Panic Wedding 2.0 Netizen Nikah Beramai2

Read Next

Rowan Atkinson Stress & Penat, Mungkin Lepas Ni Tak Ada Lagi Mr Bean

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 + 2 =