Orang Tua Dipukul Kerana Membuat U-Turn Dan Membuat Pemandu Muda Maut

Sebagai penunggang skuter yang jitu, tangkas dan tulen, Uncle Jimi memang pantang lagi2 kalau kita ni dah cukup berhati2, tapi disebabkan kecuaian dan kesewelan pemandu lain, kita plak jadi mangsa. Banyak kali terkena dengan pemandu macam ni!

Serius pantang gila Uncle Jimi kes macam ni, sebab budak tu maut! Memang malang tak berbau, tapi kau janganlah jadi punca. Sebab kemalangan jalan raya ni bukan macam jatuh basikal, paling teruk pon patah. Kalau kemalangan jalan raya ni, silap2 memang kau terus ke alam barzakh!

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:137631406_1792128090964893_2025981705760002379_n.jpg
Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:137708990_1792128174298218_5922208354293444_n.jpg

Di bawah adalah kronologi kisah tersebut:

“Sungai Petani: Pemandu cedera dipukul pengguna jalan raya selepas dikatakan membuat pusingan U di Kilometer 13 Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil, di sini, malam tadi, sehingga menyebabkan kemalangan dengan lima kenderaan dan mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut.

Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, penunggang motosikal berusia 18 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala dan dada.

Dua lagi penunggang motosikal dan seorang pemandu Perodua Viva cedera ringan manakala seorang lagi penunggang motosikal tidak mengalami kecederaan.”

“Akibat kemalangan itu, pemandu Proton Saga berusia 57 tahun cedera di kepala dan dirawat di sebuah hospital swasta kerana dipukul dengan topi keledar oleh pengguna jalan raya lain.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian membabitkan kenderaan dari arah Sungai Petani ke Kuala Ketil.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Proton Saga membuat pusingan U untuk kembali ke arah Sungai Petani di tempat kejadian.”

“Ketika hendak membuat pusingan U, sebuah motosikal ditunggangi lelaki berusia 22 tahun cuba mengelak ke kiri lalu melanggar bahagian belakang Proton Saga berkenaan.

Selepas itu motosikal ditunggangi mangsa yang maut dan sebuah lagi motosikal ditunggangi remaja berusia 18 tahun tidak sempat mengelak lalu keduanya melanggar bahagian kanan Proton Saga berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.”

Adzli berkata, seterusnya Perodua Viva yang dipandu lelaki berusia 60 tahun juga tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kanan Proton Saga itu dan turut melanggar mangsa yang meninggal dunia itu.

Beliau berkata, kemudian penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 20 tahun yang juga operator kilang cuba mengelak ke kiri lalu jatuh sendiri.

Pemandu Proton Saga dan penunggang keenam tidak cedera manakala penunggang motosikal kedua, keempat dan pemandu Perodua Viva cedera ringan.

“Penunggang motosikal ketiga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan serius,” katanya.

Adzli berkata, pemandu Proton Saga terpaksa dibawa ke Balai Polis Padang Serai kerana dipukul oleh pengguna jalan yang lain.

Beliau berkata, lelaki itu kemudiannya dihantar ke sebuah hospital swasta Sungai Petani kerana dipukul termasuk di kepala dengan menggunakan topi keledar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:137028818_1792128120964890_3836410297430040361_n.jpg
Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:137289297_1792128150964887_2579016643127974298_n.jpg

Jika benda ni berlaku dekat ahli keluarga Uncle Jimi, mungkin akan bantai juga kot sebab kadang2 emosi amarah ni kita tak tahu. Tapi yang Uncle Jimi yakin, Uncle Jimi takkan bantai sampai berdarah or buat kita plak jadi dalam pihak yang bersalah. Sebab untuk orang yang bersalah dalam hal ni pon akan kena tindakan undang2.

Memang Uncle Jimi akan make sure orang tu kena tindakan yang sepatutnya! Apa pendapat korang?

Kredit Gambar Utama: FB @@Info Roadblock JPJ/POLIS

Read Previous

Jual PS5 Harga RM6,000 Untuk Beli Rumah Pun Kena Kecam

Read Next

Viral Buang Sampah Dalam Sungai, Rupanya Buang Saka Weh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − eight =