Port Cuti-Cuti Sungai Petani Rupanya Scam, Ramai Yang Dah Kena Tipu

Zaman media sosial ni ada baik dan buruknya. Yang baiknya maklumat sampai dengan cepat, yang tak baiknya contoh macam sis nak story sekarang.

Viral baru-baru ni pasal satu port cuti-cuti dekat Sungai Petani, Kedah yang mana ada ditempatkan arca gergasi yang diperbuat daripada jerami.

Sebab benda rare, jadi ramailah yang ambil peluang nak pergi tengok sendiri. Siap bawa family dari jauh, datang nak tengok arca yang kononnya ada dekat belakang Taman Padimas, Sungai Layaq ni.

Sekali bila sampai… Rupanya kena scam dengan media sosial!

Port tu tak wujud pun dekat Sungai Petani. Yang tukang up post tu saja nak buat lawak, tapi tak sedar lawak dia tu ada yang percaya.

Bila dah jadi macam ni, netizen apa lagi… marahlah. Sebab pasal post tu dah menyusahkan orang lain yang datang dari jauh.

Kalau korang nak tahu, arca tu sebenarnya bukan dekat Sungai Petani, tapi dekat Thailand nunnnn. 

Arca tu merupakan salah satu lokasi dalam taman tema yang ada dekat Huay Tueng Thao Lake, Chiang Mai.

Jadi lepas ni kalau korang terbaca maklumat dekat media sosial, jangan terus percaya. Semak & buat research dulu supaya tak jadi macam ni.

Read Previous

Perempuan Bertudung Malaysia Jadi Model Nike

Read Next

Panic Buying 2.0 Dah Ke Ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen − twelve =