• 14/04/2021

Mail Dah Boleh Beli Boxer Sendiri Pun Netizen Jadikan Isu

Sebut je Ismail Izzani, ramai yang kenal penyanyi muda yang muka ala-ala Kpop ni. Penyanyi muda yang lebih mesra disapa Mail ni memang tak terlepas jadi perhatian netizen.

Ada je keletah beliau yang jadi tumpuan netizen. Termasuklah bab beli boxer. 

Baru-baru ni adalah Mail upload gambar yang dia macam bangga sikit sebab dah beli seluar dalam guna duit sendiri. Jadi Mail rasa yang dia dah boleh kawin. 

Sebabnya kan kalau budak-budak tak cukup umur bercinta, mesti akan ada orang cakap, “alah kau seluar dalam pun mak beli, ada hati nak bercinta” nak merujuk kepada tahap kematangan seseorang.

Analogi ‘seluar dalam pun mak beli’ sebenarnya digunakan untuk bawa maksud macam bila kau dah mampu sara hidup kau termasuklah beli seluar dalam yang paling kecik dalam pakaian maknanya kau dah sedia untuk pegang tanggungjawab yang lagi besar.

Mail ni bukan kata seluar dalamlah, kereta mahal yang harga dia hampir suku juta RM pun dia mampu beli hasil daripada jadi penyanyi masa umur 19 tahun. 

Sis G jelah yang mampu tengok je… Huhu.

Apa-apa pun, Mail joking jelah korang. Janganlah ambil serius sangat kay! Kita happy happy je bila tengok Mail happy.

Read Previous

Disebabkan Mencari Rezeki Di Tepi Jalan, Penjual Jeruk Ditahan Polis

Read Next

‘Kaki Dia Crunchy’, Lelaki Review Aiskrim Berinti Lipas Buat Warganet Kelu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × two =