Hujung minggu lepas, kecoh jugaklah pasal sebuah mini stadium dekat Kuala Nerang, Kedah yang didakwa dinamakan sebagai Ffira Mikah bersempena dengan salah seorang pegawai yang merasmikannya iaitu Hakim Ariff Md Noor.
Tapi Hakim bagaimanapun menafikannya dengan mengatakan bahawa Ffira tu dalam Bahasa Sepanyol maksud dia hebat dan Mikah pula adalah nama malaikat. Kalau nama stadium tu diterbalikkan dan menyerupai namanya pun itu adalah secara kebetulan je.
Disebabkan itu jugakan kerajaan Kedah serahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk ambil tindakan sewajarnya dekat Hakim sebab menamakan stadium tu tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan dan Exco negeri.
Memang teruk jugaklah Hakim yang juga YDP Dipertua Majlis Daerah Padang Terap dikritik netizen sampaikan berita ni masuk dalam media antarabangsa UK!
Dasyat kan penangan isu ni. Sis G pun macam terkejut jugaklah sebab The Independent ni besar juga, dekat FB je followers dorang dah 10 juta.