Usahawan kosmetik yang sentiasa dilanda kontroversi, Aliff Syukri dalam satu temu bual dengan Utusan Malaysia mendedahkan yang beliau nak jual rumah agam seluas 40,000 kaki persegi ni dan bermastautin di Australia.
Mungkin ramai yang terkejut, tapi kata Dato’ Aliff beliau maca dah give up dengan isu-isu yang melandanya walaupun beliau tak salah.
Rumah 30 bilik lengkap dengan mini home theatre, bilik karaoke, bilik tidur, gim, wardrobe dan sebagainya ini sekali dengan perabot dikatakan mahu dijual dengan harga RM45 juta je, walaupun bank value untuk rumah je dah RM35 juta.
Dalam iv tu juga, Dato’ Alif dedahkan untuk maintenance rumah tu je sebulan dah cecah RM50,000 termasuk bayar gaji pekerja dan bil. Hmm boleh tahan juga kosnya yaa…
Kalau korang nak tahu, rumah Dato’ Alif ni ambil masa 4 tahun tau nak dibina, jangan main-main. April 2018 barulah siap sepenuhnya sempena dengan birthday beliau yang ke-31. Tapi masa 2018 lagi Dato’ Alif ada berbunyi nak jual rumah tu. Tak tahulah pula sebab apa.
Tak tahulah itu sekadar bergurau ke apa tapi rumah beliau dekat Pavilion, KL tu memang beliau nak jual. Kalau nak beli dalam RM6 juta. Kalau nak sewa dalam RM18,000 je sebulan. Dari rumah tu boleh tengok seluruh pemandangan KL.