Isabelle Lonjuing Sayeed, yang berasal dari Sabah, mencipta sejarah menjadi pelatih kuda lumba termuda di dunia! Yes, bukan paling muda di Malaysia! Tapi satu dunia tau! Satu pencapaian yang amat besar tu dikk! Respekk gila Cik Kiah dekat kau! Cik Kiah umur2 kau ni still main batu seremban. HAHAHA!
Sebenarnya, dia start belajar menunggang kuda sejak umur 5 tahun yang dilatih oleh atuk nya. Masa tu dia hanya menunggang secara santai tapi lama2 minat tu datang dan dia mula fokus bidang tersebut!
Pada umur 13 tahun, Isabelle diberi lesen oleh Royal Sabah Turf Club (RSTC) untuk meneruskan latihan sekaligus menjadi penunggang kuda termuda di dunia.
Isabelle Lonjuing Sayeed berlatih bersama sebahagian kuda pacuan miliknya di Royal Sabah Turf Club (RSTC), Tuaran.
“Saya mula menunggang kuda di Glenora Stables di Kinarut ketika berusia lima tahun di bawah bimbingan datuk saya dan pelatih, Susan Doughlas serta anak perempuannya, Claire Mosun.
“Pada awal tahun ini pula, saya belajar di Kuala Lumpur Academy Of Polo bersama Peter Abisheganaden iaitu mentor saya,” katanya di RSTC, Tuaran.
Menurutnya, sebaik mengumpul pengalaman menjadi pemain polo di bawah Persatuan Polo Sabah, dia turut diberi kepercayaan menjadi kapten pasukan polo wanita pertama di Sabah, El Venato Polo Team yang diasaskannya sendiri.
“Saya sedar jalannya tidak mudah, tetapi dengan sokongan ahli keluarga, saya bersedia menghadapi cabaran yang akan datang,” katanya. –via Harian Metro
Pehh muda2 dah jadi pelapis negara. Sampai diiktiraf tahap global tau guys! Semoga pergi lagi jauh dikk! Teruskan mengharum nama Malaysia ya!
Kredit Gambar Utama: via Metro