Kalau tahun lepas, insiden barang karam ni berlaku dekat kapal Taobao yang sebabkan lebih 879 tan barang yang dibawa hanyut dekat tengah laut, tahun ni ada lagi insiden yang hampir sama.
Disebabkan ribut setinggi 52 kaki, kapal kargo, ONE Apus yang dalam perjalanan ke Jepun dilaporkan hilang lebih 1,816 muatan kontenanya semasa melalui lautan Pasifik di 1.600 batu nautika di barat laut Hawai.
Katanya daripada 1,816 kontena yang hilang tu, 64 daripadanya ada barang berbahaya – 54 berisi bunga api, 8 berisi bateri dan 2 berisi ethanol.
Kejadian yang melanda kapal berukuran 1,194 kaki tersebut boleh muatkan 14,000 kontena dengan setiap satunya berukuran 20 kaki ini dikatakan sebagai kehilangan kargo yang terburuk dalam sejarah.
kalau korang tengok gambar-gambar yang ada, korang memang boleh bayangkan betapa buruknya cuaca yang berlaku masa tu. Habis senget semua kontena yang ada, macam ringan je nampaknya. Sedangkannn…
Untuk tahu kerugian penuh, pihak berkuasa tempatan tengah buat pemeriksaan menyeluruh.
Tapi nasib baik juga hanya barang yang hilang dan kapal masih selamat berlabuh dekat pelabuhan lepas 8 hari berlayar.