Baru2 ni viral satu kisah seorang graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, bekerja di Singapore sebagai tukang angkat sampah telah memulangkan iPad kepunyaan Michelle Lim yang telah hilang lebih dari setahun!
Nama diorang adalah Eday dan Yuamirul!
Alkisahnya, Michelle Lim telah kehilangan iPad Pro lebih dari setahun yang lalu. Lepastu nak dijadikan cerita, dia check e-mel dan ia bertulis ‘FOUND YOUR IPAD’!
Uishh kau bayangkan barang yang lama dah hilang tetiba buat surprise?? Cik Kiah pon akan terkejut! Lagi2 bila benda tu betul.
Khidir berusia 25 tahun yang telah bekerja di Singapura selama kira-kira tiga bulan. Dia berasal dari Batu Pahat, Johor dan merupakan lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan ijazah dalam bidang sains pembangunan.
Ketika menjumpai iPad, dia bekerja dengan seorang pengumpul sampah bernama Yuamirul dan pemandu lori sampah, Wan Hanafiah.
Tak lama lepas Eday e-mel Michelle, Michelle pon bersetuju untuk berjumpa dengan diorang dan nak tengok betuii ka tu iPad dia! Sekali memang betul pon! Sebagai tanda terima kasih, Michelle belanja diorang makan.
Faith in humanity restored guys! But seriously takramai orang baik macam ni. Segelintir je dan boleh dikira!
Kredit Gambar dan Gambar Utama: FB Michelle Lim