‘Sup guys! Korang pon tahu kan sejak kebelakangan ni, banyak frontliners kita bersusah payah untuk kita. Boleh dikatakan membahayakan nyawa diorang pon ada! Demi untuk mencari rezeki untuk diri sendiri takpon keluarga. Dengan kes yang makin naik kaw2 ni, jom kita show appreciation sikit dekat diorang selepas penat2 bekerja di bawah terik matahari dengan ais krim! Ayuh lega kan tekak diorang!
Inside Scoop Buat Mini Campaign Untuk Frontliners Kita!
Haihhh tersentuh hati tengok frontliners enjoii aiskrim yang di belikan oleh customer Inside Scoop. Kadang2 sekecil2 jasa tu boleh hepi kan orang. Siapa sangka kan walaupon hanyalah ais krim!
Sempena ulang tahun Inside Scoop yang ke-7! Mereka menyambut ulang tahun dengan membuat kempen yang memang sweet untuk frontliners kita! Mereka memulakan kempen tersebut sempena #KitaBelanjaKita juga. Mereka akan memberikan ais krim percuma kepada barisan hadapan dan pekerja awam apada setiap order ais krim yang di beli untuk diri sendiri. Inisiatif kecil ini berlaku dari 21 hingga 28 November 2020.
Korang juga boleh menulis mesej supaya ais krim yang dihantar disertakan dengan catatan peribadi anda!
Apalagi guys! Jom contribute sekali dengan Inside Scoop berdekatan anda! Kepada yang dah dan akan contribute, korang memang the best lahh!!
Kredit gambar: FB Inside Scoop