Kalau waktu kecik dulu kita ditakutkan dengan cerita hantu kumkum yang suka ketuk pintu bagi salam stail ‘Assalamualaikum… kum.. kum’ berulang kali. Tapi bila buka pintu tak ada orang.
Sama juga macam makcik karipap yang suka jual karipap tengah malam dekat tingkap rumah.
Kali ni, sekali lagi misteri menghantui bila penduduk Sabak Bernam dikatakan alami ketukan misteri bermula jam 11pm sampaikan awal pagi. Yang misterinya bila buka tak ada orang, tengok dekat CCTV pun sama jugak!
Dekat media sosial. banyak jugaklah orang share experience dorang yang kena.
Rupa-rupanya ini bukan bual kosong nak takutkan orang gais. Media tempatan sendiri dah turun padang dan confirmkan benda ni dengan orang kampung. Katanya berselang-selang taman yang kena setiap malam.
Seorang penduduk yang terkena berkata, masa dia dengar je ketukan terus dia tengok CCTV. Tapi bila tengok tak ada orang pun. Yang lagi pelik, orang lelaki je yang akan dengar. Memang si pengetuk pintu tu target dia nak cari jodoh ke macam mana. ><
Penduduk yang beragama Islam percaya ini bukanlah kerja hantu sebaliknya kerja jin yang nak bergurau. Sebab kalau makhluk halus nak masuk rumah, bila-bila dia boleh masuk melainkan rumah tersebut ada pendindingnya.
Kata pihak polis, sesiapa yang nampak individu mencurigakan bolehlah segera hubungi polis untuk tindakan lanjut.
Ada juga yang share gambar dan video katanya ada identiti misteri yang dorang nampak semasa kejadian tu.
Yang sempat orang screenshot.
Sis G seram jugak. Sebab rumah sis G tak adalah jauh mana dari Sabak Bernam tu. Tapi sis G percaya, kalau kita jaga hubungan kita dengan Tuhan, InshaAllah benda ni kita boleh hadapi bersama.