• November 28, 2020

Viral Gambar Lori Kurier Terbakar, Netizen Ucap RIP Barang Sale 11.11

Barang-barang sale 11.11 korang dah sampai? Macam sis G adalah lagi beberapa yang belum sampai. Tapi lepas tengok je berita ni, sis G hanya mampu terkedu. 

Sebuah lori kurier 5 tan terbakar gais! Menurut Malaysia Gazette, sumber daripada Jabatan Bomba beritahu pihak mereka dapat panggilan dalam pukul 2.34 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

Kredit: Kitty Goh

Belakang lori dah terbakar dan api berjaya dipadamkan lepas 15 minit dengan kemusnahan kebakaran dianggarkan dalam 60%. Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

Netizen yang tengok hanya mampu doa yang barang dorang tak terlibat. Sama lah macam sis G jugak.

Kredit: Kitty Goh

Kata Kitty Goh selaku saksi, kejadian ni tak ramai yang orang perasan sebab berlaku dekat bahagian pemunggahan barangan. Nasib baik juga tak ramai yang ada dekat lokasi kejadian, kalau tak susah bomba nak buat kerja.

Sebelum ni, media dah beberapa kali laporkan mengenai lori kurier terbakar ni. Contohnya macam yang baru je berlaku dekat Balakong, Kajang bulan 7 lepas. Lori Skynet terbakar dan hampir 80% barang hangus. Katanya berpunca daripada asid yang dihantar menggunakan kurier.

Kredit: Malaysia Gazette

Sis G tak tahulah. Bukannya korang tak tahu, barang-barang yang mudah terbakar dan boleh merosakkan barang-barang yang lain memang tak boleh dipos. Janganlah degil. Pasal korang punya degil dan pentingkan dirilah benda-benda tak diingini macam ni boleh berlaku.

Ni sis nak remind balik kat korang apa benda yang tak boleh dipos.

Kalau 11.11 tahun lepas, kapal bawa barang dari TaoBao hanyut dekat tengah laut menyebabkan 2 orang meninggal dunia manakala 7 lagi selamat. 

Kredit: Sinchew Daily

Katanya masa tengah angkut barang-barang tu ada pelanggaran sikit dekat tengah laut dan lebih 879 tan barang dilaporkan hanyut.

Seram pula sis G lepas ni nak beli masa sale lepas ni. Nak beli masa tak sale jelah. T-T

Read Previous

Lama Sepi, Comeback Diva AA Jadi Host Buat Peminat Teruja

Read Next

Buka Mask Sebab Nak Minum Air, 2 Lelaki Kena Denda RM1,000?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen − sixteen =