• November 28, 2020

Lama Sepi, Comeback Diva AA Jadi Host Buat Peminat Teruja

Sebut je Azwan Ali atau Diva AA, semua orang tahu pedasnya mulut beliau di laman media sosial. Rasanya mungkin dah lebih 10 tahun senyap dari mengacara, Diva AA akhirnya buat comeback gais! 

Kredit: TV3

Lepas lama diam, akhirnya Diva AA kembali ke pentas mengacarakan program lagu Cinta Kita 2. Memang trending habis nama dia dekat Twitter. Semua orang puji sebab walaupun dah lama tak keluar mengacara di TV, beliau masih menyengat.

Aura dia memang fuh!

Kredit: @DivaAATersohor

Sebelum senyap, Diva AA memang terkenal dengan cara pengacaraannya yang versatile. Bagilah acara apa pun, semua dia tapau habis.

Diva AA dalam satu acara yang diacarakan.

Yang tambah buat peminat teruja bila Diva AA nampak maskulin dengan pakaian sut yang beliau. Iyalah, kalau sebelum ini, peminat hanya nampak Diva AA dengan selendang dan penutup kepala je, sekali pakai sut dengan rambut kemas dirapi. Hati mana yang tak cair.

Antara reaksi peminat:

Terbaik Diva AA. Harapnya lepas ni banyaklah lagi Diva AA buat show mengacara dekat TV. Ramai sebenarnya yang rindukan Diva AA ni termasuklah sis. 

Sis ingat lagi dulu kalau tengok rancangan dekat TV3 sebab ada Diva AA je, seronok tengok keletah dia.

Read Previous

Plot Twist Video Ni Yang Pasti Buat Korang Bengang

Read Next

Viral Gambar Lori Kurier Terbakar, Netizen Ucap RIP Barang Sale 11.11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − 5 =