Pemakaian mask diwajibkan semasa berada di kawasan sesak dan awam. Namun ada situasi yang tak perlu pun untuk pakai mask antaranya masa berada di kedai makan.
Baru-baru ni, media Sin Chew Daily, 2 orang lelaki telah didenda RM1,000 kerana buka mask untuk minum air. Berlaku dekat Daerah Kerian, Parit Buntar, keduanya naik motor dan hantar kawan mereka ke mall berdekatan sebelum menunggu dekat kawasan bertentangan.
Masa tengah tunggu, mereka ni beli lah air untuk hilangkan dahaga. Jadi mestilah mask tu ditarik turun ke dagu. Tak lama lepas tu masa baru je dorang letak air dalam raga motor, tiba-tiba dorang ni dihampiri 3 lelaki yang perkenalkan diri sebagai polis tapi tak pakai pun uniform polis.
Mereka kemudiannya dibawa ke IPD Kerian sebelum dikenakan denda RM1,000 setiap seorang atas kesalahan gagal pakai mask di tempat awam dan diminta untuk menjelaskan bayaran ke pejabat KKM.
Bila baca berita ni, sis G teringat satu laporan Sinar Harian yang mengatakan pihak polis sudah pun berada di mana-mana. Bukan dengan pakaian uniform polis tapi dengan pakaian preman atau orang awam.
Jadi sesiapa yang langgar peraturan SOP di tempat awam tu memang akan kena serang hendap la dan didenda terus. Tapi sebelum tindakan diambil, polis wajib perkenalkan diri mereka dan tunjuk kad kuasa terlebih dahulu.
Kata Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, sejak PKP dikuatkuasakan pada Mac lepas, polis Selangor ada tubuhkan pasukan khas untuk buat pemantauan pelanggaran SOP.
Jadi korang yang nak langgar SOP tu hati-hati sebab korang sentiasa diperhatikan. Jadinya ikutlah SOP yang dah kerajaan tetapkan kalau korang nak negara cepat bebas dari wabak ni.
Stay safe, everyone! Moga Malaysia kembali catatkan kes 1 angka je.