Plot Twist Video Ni Yang Pasti Buat Korang Bengang

Dalam dunia ni, tak semua yang bernasib baik. Ada orang mampu dapatkan apa yang dia nak dengan mudah. 

Macam satu video yang sis jumpa ni ada tunjuk seorang lelaki ni hanya mampu berdiri tepi court dan tengok orang main sebab dia tak ada raket.

Jadi adalah seorang hamba Allah yang baik hati ni belikan hadiah raket untuk dia supaya dia pun dapat join sekali dorang main badminton.

Sekali geng, plot twist rupanya! Aih, baru nak feeling feeling sedih, terus air mata naik balik masuk dalam bila tengok ending scene dia. Hampeh! Geram sebab sis pun terjebak dalam feeling sedey jalan cerita ni.

Hmm, tak baik tau pekena macam tu. Sebab sis tak puas hati dengan ending dia, sis pergilah cari IG ‘mangsa’. Rupa-rupanya geng, yang berlakon tu sebenarnya memang berlakon je. Dorang tu kawan-kawan rupanya.

Mati-matilah sis ingat betul tadi. Kalau betul tak baik tau aniaya orang macam tu. 

Plot twist video ni buatkan sis teringat dekat satu lagi video prank YouTuber Indonesia yang prank orang kampung dengan plastik yang kononnya berisi daging korban 5kg yang viral masa bulan Ogos hari tu.

Disebabkan prank tu, kedua-dua YouTuber tu katanya dah ditahan polis dan boleh dikenakan hukuman penjara sampai 10 tahun sebab mereka dah melanggar etika kesopanan dan melakukan kesalahan.

Read Previous

‘Pukul Sampai Bangun’ Semua Boleh Relate Gaya Adik Beradik Suruh Kejut

Read Next

Lama Sepi, Comeback Diva AA Jadi Host Buat Peminat Teruja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 + one =