• November 30, 2020

‘Pukul Sampai Bangun’ Semua Boleh Relate Gaya Adik Beradik Suruh Kejut

Ada sesetengah orang memang susah sangat nak bangun tidur. Bak kata orang tua. ‘kalau campak bom pun belum tentu sedor.’ Punyalah payah nak bangun. Gegarlah badan macam mana pun, elok tenang je dia tidur.

Tapi bila mak kejut dengan adik beradik kejut lain sikit. Kalau mak tak adalah sampai ganas nak memukul. Paling teruk pun kena cubit atau tarik telinga.

Tapi kalau adik beradik yang kejut, memang mintak maaflah. Lagi-lagi kalau ada benda yang tak puas hati. Masa tulah akan diguna untuk balas dendam, buat cukup-cukup.

Sokong tak? Sebab masa kecik dulu sis G pun macam tu. Heee.

Ada satu video TikTok yang dah viral dekat media sosial lain. Sebabnya dia suruh kakak dia kejut dia bangun pagi esok. 

Punyalah bersungguh pesan sebab takut tak terjaga juga sampai pagi, dia siap suruh kakak dia simbah dia dengan air panas mendidih! 

Korang tengoklah, muka dia tu memang sis taleh go. Kelakar.

Memang gila punya idea dik oi nak simbah dengan air panas mendidih. 

Tapi sebelum keluar sempat juga dia ubah pesan air tu jangan panas sangat lepas kakak dia tanya sekali lagi betul ke nak air panas. Nanti bangun terus dekat alam barzarkh. Haha. Adoi, tadi dia yang pesan. 

Ramailah yang boleh relate dengan situasi ni. Sebab kalau dengan mak tak boleh pesan macam tu, dengan adik beradik je boleh ganas-ganas minta macam tu.

Tapi sis G nak pesan, kalau adik beradik korang suruh buat macam tu, make sure ada saksi tak pun rakam je video. Supaya nanti kalau dorang marah, korang tunjuk je balik video dia tu. Sebagai bahan bukti nanti.

Macam Angah,

Read Previous

Broken Kena Tinggal. Lelaki Akhirnya Pilih Untuk Kawin Dengan Diri Sendiri

Read Next

Plot Twist Video Ni Yang Pasti Buat Korang Bengang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 + 2 =