Broken Kena Tinggal. Lelaki Akhirnya Pilih Untuk Kawin Dengan Diri Sendiri

Lain orang lain cara mereka cope dengan kesedihan lepas putus cinta. Ada yang suka makan, ada yang akan tidur sepanjang hari dan ada juga yang akan berparti tak ingat dunia. Semuanya semata-mata nak hilangkan rasa sedih.

Tapi cara lelaki ni cope dengan rasa broken dia memang sis kagum. Lain daripada lain! Punyalah broken lepas putus cinta, akhirnya dia pilih untuk kawin dengan diri sendiri.

Diogo Rabelo yang merupakan seorang doktor putus cinta dengan seorang doktor juga lepas dah bertunang pada bulan November tahun lalu.

Mungkin terlampau kecewa lepas semua persediaan untuk perkahwinan dah siap tapi tunang dia tetap dengan keputusan nak putuskan hubungan lepas keduanya asyik bergaduh jadi punca Diogo ambil tindakan drastik macam tu.

Mungkin juga sebab dah jemput tetamu buatkan Diogo tekad nak lalui hari yang sepatutnya jadi hari paling bahagia dia seorang diri. Majlis yang berlangsung dekat sebuah resort mewah itu dikatakan dihadiri lebih kurang 40 tetamu.

Walaupun sepatutnya beliau rasa sedih, tapi Diogo dalam satu posting IG dia kata majlis tu tetap jadi salah satu hari paling bahagia dalam hidup dia sebab dia bersama-sama dengan orang yang paling dia sayang iaitu keluarga dia dalam majlis tu. 

Tetamu yang datang nak rasa sedih pun tak jadi lepas dia sendiri cakap macam tu. Malah Diogo sendiri hormat keputusan tunang dia dan doakan yang terbaik untuk mereka berdua.

Tak apalah Diogo, bunga bukan sekuntum. Kalau Diogo datang Malaysia, sis rasa ramai je yang akan volunteer nak isi hati Diogo tu. Termasuklah sis. Eh? HAHA. Taklah sis gurau jee. Tapi kalau Diogo pun berkenan, siapalah sis nak menolaknya. 

Rezeki jangan ditolak. Hiks!

Read Previous

Gelagat Lelaki Live Buat Netizen Terhibur, Semuanya Melatah Punya Pasal!

Read Next

‘Pukul Sampai Bangun’ Semua Boleh Relate Gaya Adik Beradik Suruh Kejut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen − 1 =