• December 1, 2020

Gelagat Lelaki Live Buat Netizen Terhibur, Semuanya Melatah Punya Pasal!

Korang melatah tak? Ke korang jenis suka tengok orang melatah lepas tu usik dia sampai korang sendiri pun penat?

Hari tu sis G ada terjumpalah satu video ni pasal penjual yang buat live tapi melatah. Haha. Habis hilang macho beb! Tapi kalau dah jenis melatah tu memang tak boleh buat apalah kan?

Video tu pasal seorang lelaki ni, dia kerja sebagai tukang jahit. Macam biasalah sekarang ni nak jalankan bisnes memang akan buat live. Jadi dia ni pun joinlah buat live macam yang orang lain buat.

Sekali, masa tengah live tulah ada orang nak main mercun. Bila dia dengar memang menggelabah teruk la melatah punya pasal. Habis menggelupur gayanya macam orang kena tembak.

Dasyat weh dia melatah. Korang kena tengok sendiri video tu dekat bawah ni. Sampai bergegar meja dibuatnya.

Sis macam kesian tapi kelakar pun ada juga. Mesti dia penat kan, sebab bunyi mercun tu lama tau. Yang member kat belakang memang dah gelak tapi masih cover-cover. Mungkin dah biasa kot.

Kalau korang nak tahu melatah ni disamakan macam sakit saraf sebabnya individu melatah ni macam tak boleh kawal percakapan dan pergerakan dorang. Jadi bila terkejut je atau ada benda-benda lain yang trigger saraf dorang tu, dorang akan melatah ikut tahap seriusnya tahap dorang tu.

Sis harap kalau korang ada kawan yang jenis melatah, janganlah diusik. Kesian kawan tu. Ingat melatah tu tak penat ke? Silap hari bulan boleh arwah tau korang usik-usik dia.

Read Previous

Dah Tak Ada Jodoh, Pasangan Viral Beza 61 Tahun Bercerai Lepas 22 Hari

Read Next

Broken Kena Tinggal. Lelaki Akhirnya Pilih Untuk Kawin Dengan Diri Sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 + nine =