• November 27, 2020

Mengundang Betul Perangai Anjing Ni, Inilah ‘Menganjing’ Yang Sebenarnya

Anjing dan kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat menghiburkan. Sebab tulah ramai yang pilih untuk bela dua haiwan ni. Uniknya juga kedua-duanya seakan faham dengan arahan dan perasaan manusia.

Yang terbaru dah viral di media sosial bila seekor anjing seperti mengajuk kelaku tuannya yang patah tangan. Dalam video tersebut korang boleh nampak yang seorang lelaki berjalan dengan tangan berbalut.

Kalau korang perati betul-betul, korang akan nampak tiba-tiba je anjing dekat belakang tu pun sama naik – terencot-encot macam kaki dia patah pula. 

Buat perangai betullah. HAHA. Yang kelakarnya dia saje je buat supaya tuan dia tu nampak yang dia tengah mengejek. Korang boleh tengok video bawah ni.

Patutlah bila manusia mengejek, orang panggil menganjing. Ini lah rupa perangai menganjing yang sebenarnya ya.

Bukan sis G sorang je yang terhibur tau. Ramai yang reply komen sebab terhibur dengan gelagat nakal anjing tu. Muka tuan dia pun nampak macam fed up dengan perangai anjing dia tu.

Oh kalau korang nak tahu, ada juga beberapa video yang tunjuk perangai anjing yang tak semenggah ni. Contohnya yang video dekat bawah ni dia menganjing kawan dia sebab kawan dia ada kaki ketot. 

Dasar betul! Hadoi, siap riak muka tu tak menahan.

Sis G rasa mesti tuan dia menyesal bela anjing tu sampai besar gitu kalau dia tahu perangai anjing dia menyakat macam tu. Nasib baiklah orang sayang, kalau tak memang kena dah anjing oi.

Btw, sis G rasa dah lebih 10 kali sis G duk ulang video ni. Menghiburkan betullah.

Read Previous

Gelagat Student Bila Ko-K Pun Kena Kelas Online, Paling Kelakar Kelas Berenang

Read Next

3 Hari Tak Balik, Meow Bawa Senarai Hutang Tumpang Penginapan & Makan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eight + one =