• January 19, 2021

Gelagat Student Bila Ko-K Pun Kena Kelas Online, Paling Kelakar Kelas Berenang

COVID-19 ni memang betul-betul ubah hidup kita. Korang perasan tak? Benda yang biasa kita buat secara berdepan, semuanya dah ditukar kepada online. 

Contoh macam pembelajaran dalam kelas. Bila sekolah ditutup, maka semua pun terpaksalah belajar dengan gunakan alternative online.

Submit homework online, dengar kuliah online. Termasuklah ko-k. Pun kena online juga! Ingatkan boleh lari, sekali hadoi. Memang kelakar, tapi demi nak habiskan silibus atau target, semuanya terpaksalah.

Contoh yang viral minggu lepas, dua orang pelajar yang terpaksa kawad kaki online. Buat sis G dekah betullah perangai masing-masing. Yang tak tahan, masing-masing fokus betul.

Yang rakam pun satu hal juga, tak jaga aib member langsung. Haha. Tapi kalau dia tak rakam, ramai yang tak tahu juga kan reality dan cabaran belajar online masa musim wabak ni.

Kredit: @_meayour

Sis G ingatkan dorang je yang ko-k online, rupanya ramai lagi. Ada lagi yang sis G jumpa dorang share dorang buat aerobic class online. Memang dalam kamera semua sakan beraerobiklah. 

Kredit: @anismanisssssss

Tak boleh curi-curi rehat macam yang selalu kita buat kalau duduk ramai-ramai dalam dewan sebab lect perhati je perangai masing-masing dari skrin dia. Kalau kantoi, habislah markah kena tolak nanti.

Okey yang paling kelakar dan macam tak make sense bila kelas berenang pun online!

Korang bayangkanlah kalau rumah dorang tak ada swimming pool memang kena berangan berenang jelah kot atas lantai. Macam dalam video bawah ni, terhibur sungguhlah sis tengok.

Memang macam-macam gelagat student sekarang ni bila kena belajar online. Yang bagusnya walaupun nampak macam mustahil, dorang tetap buat. Semangat belajar macam nilah yang kita nak.

Memang sis tabik hormatlah dengan dorang ni. 

Read Previous

Kucing Paling Bijak Di Dunia, Siap Ada Kertas Kajian Saintifik Lagi

Read Next

Mengundang Betul Perangai Anjing Ni, Inilah ‘Menganjing’ Yang Sebenarnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × three =