• November 28, 2020

Kucing Paling Bijak Di Dunia, Siap Ada Kertas Kajian Saintifik Lagi

Korang tahu tak ada seekor kucing yang paling bijak dalam sejarah dunia? Siap ada kertas kajian saintifik yang beliau tulis sendiri tau.

Chester, kucing baka siam merupakan seekor kucing yang diberikan pengiktirafan dalam menulis kertas kajian saintifik bersama tuannya, Profesor Michigan Jack Hetherington seorang yang terkenal dalam bidang fizik.

Mesti korang pelik kan macam mana kucing pun boleh ada kertas kajian?

Mulanya bila Prof Jack ni tak sengaja terguna perkataan ‘we’ yang membawa maksud kami. Sedangkan beliau sepatutnya tulis ‘I’ untuk mewakili dirinya seorang. Jadi sebab terlalu malas untuk taip semula, Prof Jack ni pilihlah untuk gunakan Chester sebagai penulis bersama kertas tu.

Untuk elakkan orang tahu yang penulis bersama tu Chester, Prof Jack ni gunakan nama F.D.C Willard yang membawa kepada makna Felis Domesticus Chester dan tambah nama ayah Chester (Willard) di belakangnya. 

Jadi mana-mana kawan beliau yang kenal dengan Chester pun tak tahu yang penulis bersama tu sebenarnya Chester. Felis domesticus pula merupakan nama saintifik yang merujuk kepada kucing domestik.

Iyalah, orang dulu menulis pakai mesin taip. Kalau kena taip balik memang penat. Zaman dulu bukannya ada laptop macam zaman sekarang yang boleh secara automatik tukarkan berpuluh-puluh perkataan dalam masa beberapa saat je.

Jadi nak dijadikan cerita, kertas kajian tu pun diterbitkan dalam Isu ke-35 oleh Physical Review Letters dengan tapak kaki Chester sebagai tanda tangan F.D.C Willard.

Mungkin kisah Chester ni boleh dijadikan pembakar semangat untuk korang yang tengah struggle nak siapkan kertas kerja, tak pun assignment. Semangat!

Read Previous

Cool Gila! Video Bang Jago Cik B Dipuji Paling Ohsem & Smooth

Read Next

Gelagat Student Bila Ko-K Pun Kena Kelas Online, Paling Kelakar Kelas Berenang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen + 12 =