Guru & Engineer Paling Susah Jumpa Jodoh – Kajian

Kalau dulu, asal nak cari suami je mesti mak suruh cari yang kerja kerajaan tak pun cikgu atau engineer. Sebabkan dua kerja ni termasuk dalam kelompok profesional, jadi mereka yang bidang kerja ni senanglah dapat jodoh.

Kredit: Illuminasi

Tapi sekarang tak lagi katanya.

Portal cari jodoh Baituljannah.com dedahkan individu bekerja sebagai guru & engineer merupakan yang paling banyak mendaftar dengan platform tersebut untuk mencari jodoh dengan peratusan hampir 20%.

Daripada data tersebut, pengarah urusan Baituljannah.com, Dr Wan Hasifi Wan Zaidon berkata ini membuktikan faktor kerja tak menentu dan beban tugas jadikan mereka lebih suka cari jodoh online. 

Kredit: Tasker

Untuk lelaki pula, bidang kerjaya paling tinggi ialah bidang kejuruteraan diikuti dengan perkilangan, badan beruniform dan penjawat awam. Manakala untuk perempuan pula, rata-ratanya datang dalam bidang pendidikan, diikuti dengan pentadbiran dan perkhidmatan kesihatan.

Dengan keadaan jadual sekolah yang padat, Sis G setuju juga dua golongan ni susah nak dapat jodoh. Sorang sibuk dekat sekolah, sorang lagi sibuk dekat site. Masa untuk diri sendiri pun tak ada, baik guna jelah portal cari jodoh yang ada kan.

Kalau korang masih tak jumpa jodoh lagi, bolehlah cuba mana-mana platform cari jodoh yang korang percaya. Tapi kena ingat, sentiasa berwaspada tau.

Read Previous

Gelagat Lembu Lepak Tidur Atas Tilam Bikin Dekah

Read Next

Era FM Call 4 Budak Viral Indonesia – Over Betul Sampai Menangis Nyanyi Lagu Rossa!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × two =