Gelagat Lembu Lepak Tidur Atas Tilam Bikin Dekah

Korang pernah tengok tak lembu lepak atas tilam dalam bilik? Haa, ni sis G nak share. 

Baru-baru ni viral satu video yang mana seekor lembu tengah sedap landing atas tilam dalam bilik. Rileks betul dia macam rumah tu rumah dia. 

Menurut media Kompas, lembu yang dikenali sebagai Pedro tu memang jenis lembu yang jinak dan dengar cakap orang. Yang tak tahannya, Pedro punya tahap jinak sampai suka masuk rumah orang melepak.

Masa pemilik rumah tengah duduk berehat dekat kawasan depan rumah, Pedro ni secara senyap-senyap masuk rumah melalui pintu dapur dan terus masuk ke bilik. Bila masing-masing masuk rumah, terkejutlah tengok si Pedro ni tengah sedap landing sampai tertidur atas tilam dorang.

Lepas kena halau keluar, Pedro ni rileks je jalan santai melenggang keluar dari bilik menuju ke luar rumah. 

Sis G macam seriuslah. Tak kotor ke rumah penduduk kampung dengan najis-najis Pedro ni? 

Yang peliknya Pedro ni macam bijak tau. Dia tak pernah kotorkan rumah penduduk dengan najis-najis dia. Yang ada cuma kesan tapak kaki ni. Kata pemilik Pedro, Pedro memang dibiarkan bebas je berjalan sekeliling kampung sebab orang kampung pun dah kenal si Pedro ni. Pedro pun bukannya jenis mengacau.

Memang bikin dekah betullah perangai Pedro ni. Agaknya dia dah terlampau bosan kot landing atas tanah dengan rumput, tu yang cari tilam pulak.

Kredit: FB

Kalau mak sis G suka cakap, bilik tidur jangan sepah macam kandang kambing. Agaknya inilah kot sebabnya. Bukan setakat kambing, lembu pun boleh keliru ingat bilik tidur korang yang sepah tu macam kandang dia.

Read Previous

Cuaca Panas? Ini Cara Paling Senang Buat Air Cond DIY, Guna 2 Barang Je

Read Next

Guru & Engineer Paling Susah Jumpa Jodoh – Kajian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 5 =