• November 28, 2020

Cuaca Panas? Ini Cara Paling Senang Buat Air Cond DIY, Guna 2 Barang Je

Perasan tak cuaca panas betul kan sekarang. Hari bekerja okeylah sebab ofis memang akan sediakan aircond. Tapi bila balik rumah, nak tidur pun tak seronok sebab badan berlengas dengan peluh. Dah macam baru lepas bersukan!

Kali ni sis G nak ajar sikit korang DIY aircond sendiri dekat rumah, yang penting jimat dan tak payah risau pasal bil tinggi.

Barang yang diperlukan:

  • Botol air
  • Dawai/tali

Cara-caranya:

  1. Isikan botol dengan air dan bekukan semalaman. Untuk nak cepat beku dan tahan lama, boleh letak sikit garam dalam air.
  2. Lepas air dah beku, ikat kepala botol dengan menggunakan dawai atau tali.
  3. Kemudian, ikatkan botol di belakang kipas angin.

Mudah je kan? Hasilnya nanti akan jadi macam ni:

Untuk mudah faham, korang boleh tengok video tutorial dekat bawah ni yang konsepnya hampir sama dengan konsep DIY dekat atas tadi.

Selain daripada tu, korang boleh juga boleh cuba:

  • letakkan bekas yang dah diisi dengan ais betul-betul depan kipas
  • letakkan beberapa bekas besen berisi air dalam rumah
  • halakan kipas ke arah tingkap
  • tanam pokok dalam rumah
  • gunakan humidifier
  • masukkan selimut dalam freezer

Ada lagi beberapa cara DIY yang sis G jumpa untuk korang cuba. 

1. Guna Styrofoam

2. Desktop cooler

3. Aircond Solar

Jadi, korang rasa perkongsian sis G kali ni macam mana, membantu tak untuk korang hilangkan rasa panas dekat rumah? Rasa-rasanya perlu lagi ke nak pasang aircond? 

Jangan lupa cuba & inform sis G dekat komen tau, menjadi ke tidak. Hee, selamat mencuba dan selamat tidur dengan nyenyak walaupun cuaca panas.

Read Previous

Lelaki! Ini Stail Untuk Nampak Lebih Kacak & Hot Dengan Stail Rambut Panjang

Read Next

Gelagat Lembu Lepak Tidur Atas Tilam Bikin Dekah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − five =