• November 28, 2020

Lelaki! Ini Stail Untuk Nampak Lebih Kacak & Hot Dengan Stail Rambut Panjang

Zaman 2020, lelaki rambut panjang bukan lagi satu isu besar. Orang dah tak kisah korang nak simpan rambut panjang mana.

Ehem, sebab sis G pun jenis suka tengok lelaki rambut panjang ni. Nampak lebih hot dan menawan gituh. Sis G nak bagitahu, kami perempuan ni suka je lelaki rambut panjang, asal jangan nampak serabai macam orang baru bangun tidur dahlah.

Jadi sis G nak share sikit stail rambut panjang macam mana yang akan buatkan korang nampak lebih kacak, sampai perempuan pandang pun boleh terus jatuh cinta pandang pertama, walaupun muka tak berapa hensem.

Rambut panjang yang sihat

Nak simpan rambut panjang tak salah, tapi kena pastikan rambut korang tu nampak sihatlah. Janganlah simpan rambut panjang tapi rambut tu nampak kering dan rosak.

Amalkan penjagaan rambut yang elok macam gunakan conditioner atau syampu yang bersesuaian. Oh, yang penting jangan letak gel banyak sangat okey. Korang gantikan dengan minyak rambut yang sesuai.

Bila rambut panjang ni, masalah pun ada banyak tau. Macam rambut gugur, rambut berminyak dan sebagainya. Nak nampak hot, rambut kena sihat. Kalau berminyak, perempuan nak dekat pun rasa tak selesa.

Sesuaikan dengan keadaan

Korang kena pandai stailkan rambut ikut keadaan. Yang mana rasa perlu ikat rambut tu, ikatlah. Jangan biar menggerbang. 

Contohnya kalau pergi laut, untuk OOTD bolehlah biarkan lepas. Tapi nak masuk dalam laut, better ikatlah. Nanti orang berdekatan pula rasa rimas tengok rambut korang tu.

Kalau ikut cara ikat, sis G paling berkenan yang ikat bentuk bun. Ei, tergoda sungguhlah. Nampak comel dalam masa sama tetap ada aura maskulin.

Yang masih tak tahu bila rambut panjang boleh buat stail apa, ni sis sertakan gambar 5 stail untuk rujukan korang.

1. Slick Back

Kredit: The Trend Spotter

2. Ponytail

Kredit: The Trend Spotter

3. Long Curls

Kredit: The Trend Spotter

4. Long Braids

Kredit: The Trend Spotter

5. Man Bun

Kredit: The Trend Spotter

Okey, selamat berdandan dengan rambut panjang korang tu. Gunalah gaya berbeza sikit. Baru lah pujaan hati korang terpikat.

Sis G dah bagi tip ni jangan korang tak buat pula. Selamat mencuba!

Read Previous

Lawak Gila! Punya Teruja Anak Sekolah Cina, Bapa Semangat Cakap Mandarin Sampai Terkeluar Slang Tamil

Read Next

Cuaca Panas? Ini Cara Paling Senang Buat Air Cond DIY, Guna 2 Barang Je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − 2 =