Tak Nak Terlambat Pergi Kerja, The Rock Cabut Auto Gate Guna Tangan

Kisah The Rock yang mencabut auto gate menggunakan tangan mendapat perhatian luas dunia.

Gara-gara tidak mahu terlewat ke tempat kerja, bekas penggusti terkenal ini terpaksa mencabut pintu pagar automatik menggunakan tangan selepas ianya tidak berfungsi akibat daripada gangguan bekalan elektrik daripada ribut petir yang melanda kawasan rumahnya.

Kredit: Sport Bible

Selepas dimaklumkan pihak berkenaan akan datang dalam masa 45 minit, The Rock teringat lebih 100 krew sedang menunggu beliau untuk memulakan penggambaran. Disebabkan tak nak 100 orang tadi tertunggu-tunggu, lebih sedang dia cabut je auto gate tu.

Kredit: @therock

“Jadi saya terpaksa lakukan apa yang patut. Saya tolak, tarik dan pecahkan pintu pagar itu secara bersendirian. Saya tanggalkannya dari tiang batu, rosakkan besi hidraulik yang ada bersamanya dan lemparkannya ke atas rumput.”

Berkongsi momen #ripgates di Instagram peribadinya, tindakan The Rock yang bukan biasa-biasa ni kalau rakyat marhaen tengok memang ‘terkejut beruk’ dibuatnya. Dengan badan sasa yang dimiliki beliau, rasanya benda-benda macam ni memang tak mustahil.

Kredit: CDN

Tak percaya? Boleh tengok sendiri dalam video di bawah.

Read Previous

Apple iPad Gen-8 Dijual Secara Rasmi Dengan Harga Bermula RM1,449

Read Next

Nampak Apa Dulu? 3 Gambar Ni Bongkar ‘Hidden Personality’ Korang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × four =