Percaya atau tidak, tablet paling popular yang digunakan di seluruh dunia adalah Apple.
Pertengahan September lalu, Apple telah memperkenalkan upgrade kepada model iPad versi asas yang sudah pun memasuki generasi ke-8 dengan cip Apple A12 Bionic dengan kemampuan pemprosesan Neural Engine.
Didatangkan dengan skrin sebesar 10.2 inci dan dua saiz storage – 32GB dan 128GB, iPad yang dikenali sebagai iPad Gen 8 ini menyokong penggunaan Apple Pencil dan Smart Keyboard yang boleh dibeli secara berasingan dengan harga bermula RM1,449.
Ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Silver, Space Grey dan Gold, iPad ini masih menyokong aksesori lain mereka antaranya keyboard dan juga Apple Pencil generasi pertama.
Tak lupa juga, korang boleh pilih untuk ukir nama atau apa-apa sahaja yang korang nak dekat iPad tersebut tanpa sebarang caj tambahan.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah ke website Apple.