Terkurung lagi?! Jom layan movie lah

Tepu dah otak melayan kelas online musim2 duk umah ni. Nak kluar lepak memang tak boleh la kan #StaySafe. Duduk mengadap laptop layan siri yg berjela2 kat Netflix tu dah sampai nak muntah dah. Apa lagi nak tengok?

Apa kata layan 5 movie ni. Genre pilihan of coz la horror. Baru thrill!

Black Box

Genre: Horror, Mystery, Sci-Fi

“Black Box” ni filem tentang seorang lelaki cuba nak dapatkan balik ingatan dia lepas terselamat dari kemalangan kereta. Kira kemalangan tu tragis giler la. Dia setuju nak rawatan eksperimental utk cuba ingat balik apay g dia lupa. Masa tu lah ada mixed memory dlm kepala dia. Tetiba dia rasa macam tengok memori org lain. Atau itu sebenarnya ingatan dia???

Ish, kadang2 tak ingat tu ada bagusnya lagi-lagi kalau memori tu sesuatu yg menakutkan!

The Scientist

Genre: Horror, Sci-Fi

Ini filem psychological thriller yer. Plot biasa. Saintis yg cuba nak cari penawar utk org yg dia sayang.  Salahnya bila dia abaikan semua batasan undang-undang dan moral untuk mencari penawar tu sampai sanggup ganggu DNA manusia.

Rehdo jer la ye dakk!

The Haunting of Margam Castle

Genre: Horror

Margam Castle ni memang terkenal kat UK sebagai salah satu bangunan paling berhantu. So adalah pulak penyelidik Amerika yang tertarik dengan sejarah mengerikan tu sebab ada banyak kematian yang tidak dapat dijelaskan berlaku. Kira nak buat eksperimen psikologi la. Tetapi ketika malam tiba…jeng jeng jeng…korang tengok la sendiri.  

Aduhhh, dah tahu tempat tu memang ‘berhantu’ nak jugak usha. Kan dah kena!

#Alive

Genre: Action, Drama, Horror, Thriller

Ada jangkitan virus yg buat semua org tukar jadi zombie! Survival seorang gamers ni. So, org muda boleh relate pasal dia tunjuk camner nak lawan zombie dan survive bila kat rumah takde bekalan makanan yg cukup.

Yg ni tak macam train to Busan so ok la. Kalau korg yg berhadapan situasi camni?

Antebellum

Genre: Horror, Drama, Thriller, Mystery

Watak utama ni  terperangkap dalam kenyataan yang mengerikan. Dia kena siap utk hadap masa lalu, masa kini dan masa depan dia sekali gus dan try utk lari sebelum terlambat.

Kalau korg tengok movie ni kena fokus lebih yer kalau tak susah nak paham plot dia. Tutup mata dengan bantal tak aci tau!

Kredit gambar utama: freepik.com

Read Previous

4 Cara Popular Sindiket Macau Scam Cuci Duit Haram

Read Next

Apple iPad Gen-8 Dijual Secara Rasmi Dengan Harga Bermula RM1,449

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × 1 =