Masa gunakan aplikasi penghantaran makanan popular, FoodPanda, pasti ramai daripada kita akan melakukan interaksi bersama rider di ruangan live chat kan?
Tapi korang tahu tak sebenarnya korang tak digalakkan untuk balas live chat daripada rider? Nak tahu sebab apa?
Rider tidak akan dibenarkan untuk keluar daripada ruangan live chat.
Menurut sumber daripada Foodpanda, rider tak akan dibenarkan untuk keluar dari live chat sekiranya pengguna masih aktif.
Dan ini akan menyebabkan rider tak boleh nak pick-up order dan maps untuk hantar pesanan makanan korang.
Bila keadaan ni berlaku, korang mesti akan nampak macam rider masih lagi tak pick-up order dari restoran. Yang burukkan keadaan bila rider tak dapat akses lokasi nak hantar makanan.
Tak ke menyusahkan dua-dua belah pihak nanti tu?
Jadi lepas ni kalau ada live chat dengan rider, balas yang penting je. Rider Foodpanda takkan kecil hati pun kalau korang bluetick dorang.
Sebarkan pada kawan-kawan korang yang selalu guna FoodPanda tau.