Mi 10T Lite Telefon 5G Paling Murah Setakat Ini

Dalam barisan model dalam siri keluarga Mi 10T yang diperkenalkan Xiaomi, Mi 10T Lite adalah telefon pintar dengan teknologi 5G paling murah jika dibandingkan dengan dua lagi model iaitu Mi 10T dan Mi 10 Pro.

Kredit: The News Mantra

Walaupun Malaysia baru nak memperkukuhkan kedudukan rangkaian 4G, jika dilihat dari sudut jangka masa panjang, Mi 10T Lite adalah berbaloi untuk dimiliki dengan harganya yang sesuai dengan poket marhaen rakyat Malaysia iaitu bermula dengan harga sekitar RM1,357. Kalau nak tahu, Mi10T Lite ini masih menyokong rangkaian 3G dan 4G.

Dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 750 5G bersama RAM LPDDR4X 6GB dan storan UFS 2 64GB & 128GB, Mi 10T Lite mempunyai kapasiti bateri sehingga 4,820mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W.

Dihadirkan dengan kamera utama 64MP F1.89, kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera makro 2MP F2.2, kamera sensor in-depth 2MP F2.4 dan kamera hadapan 16MP F2.45, ramai yang berpendapat reka bentuk telefon pintar bajet ini hampir sama dengan Poco X3 NFC.

Kredit: Xiaomi

Bakal dijual dengan 3 warna iaitu Atlantic Blue, Pearl Gray dan Rose Gold Beach, telefon dengan skrin sebesar 6.67 inci ini menggunakan badan jenis kaca dan mempunyai bingkai yang diperbuat daripada plastik.

Kredit: Xiaomi

Oh ya, sensor fingerprint kali ini bukan lagi berada di bahagian belakang telefon tetapi berada di bahagian tepi. 

Walaupun sudah ada tarikh pelancaran penjualan iaitu pada 13 Oktober ini, namun Xiaomi Malaysia masih tidak lagi mengumumkan bilakah ianya akan memasuki pasaran Malaysia. 

Agak-agak ianya berbaloi atau tidak untuk anda miliki?

Read Previous

Kereta Lebih Murah Dengan Insentif Pengecualian Cukai 100% PENJANA?

Read Next

Minat Gila Watak Batman, Lelaki Belanja RM90K Untuk Hasilkan Batmobile Sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen + five =