LG Perkenal Model TV Boleh Gulung Pertama Di Dunia

Percaya atau tidak, kita semakin menghampiri satu dunia teknologi yang semakin hari semakin canggih. Lihat sahajalah, tak lama lagi, dunia akan mempunyai teknologi TV yang boleh digulung!

Dijangka akan dilancarkan Oktober 2020, TV boleh gulung pertama di dunia ini merupakan satu teknologi baru yang diperkenalkan oleh LG Electronics Inc Korea Selatan.

Kredit: Pocketlint

Diperkenalkan sebagai Signature OLED R, TV dengan saiz skrin sebesar 65 inci tersebut pertama kali dilancarkan di Consumer Electronics Show (CES) di Amerika Syarikat pada tahun lalu dilaporkan boleh dijual dengan harga setinggi RM354,837 (USD85,400).

Kredit: LG

Kalau nak tahu ini bukanlah kali pertama LG perkenalkan teknologi TV boleh gulung kepada umum sebenarnya.

Pada tahun 2014/2015, LG memperkenalkan demo model boleh gulung yang menggunakan panel OLED bersaiz 18 inci dengan resolusi 1,200 x 810 yang boleh digulung menjadi tiub sebesar 3cm tanpa menjejaskan langsung kualiti lapisan layat bersama dengan demo model lutsinar.

Pada masa tersebut, LG memberitahu saiz tersebut akan mereka perbesarkan sehingga 60-inci menjelang 2017. 

Kredit: ENGadget

LG sentiasa ke depan memperkenalkan teknologi berkenaan dengan teknologi berkaitan TV, contohnya mereka juga antara syarikat terawal yang memperkenalkan teknologi TV paling nipis di dunia yang boleh dilekatkan pada permukaan dinding – dah macam wallpaper.

Kredit gambar utama: LG

Read Previous

Berkait Dengan Kesihatan Mental, Google Bantah Kamera ‘Beauty Mode’

Read Next

Kereta Lebih Murah Dengan Insentif Pengecualian Cukai 100% PENJANA?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − 6 =