Jangan sabotaj diri sendiri! Perkara yang No-No ketika temuduga kerja

Tanyalah mana-mana graduan pun, perkara yang paling merisaukan adalah mendapat pekerjaan selepas berhempas-pulas untuk segulung ijazah. Dengan keadaan ekonomi dan pendemik sekarang, banyak bidang kerja yg telah diautomatedkan atau tidak lagi memerlukan pengelibatan manusia. Jadi, kalau dapat peluang interview tu kenalah hargai betul-betul.

Sekecil mana pun korg rasa jawatan tu, takde kerja yg mudah sampai korg boleh pandang remeh persediaan untuk berhadapan dengan penemuduga atau bakal majikan.

Ini adalah antara perkara yg PERLU dan JANGAN dilakukan ketika temu duga.

1. JANGAN LEWAT. Cari dulu lokasi sebelum hari sebenar atau pastikan line internet korg jenis yg high speed supaya temuduga boleh berjalan dengan lancar. Sekarang ni dah tak boleh pakai alasan tak sure lokasi kat mana atau internet lembab pasal semua dah ada penyelesaiannya. Kena fikir first impression penemuduga yer. Kalau korg lambat utk interview, kalau diambil bekerja camner?

2. BUAT KAJIAN. Jangan main sembrono jer yer! Tak semua benda boleh jawab guna common senses, ada yg memerlukan pemahaman dan sedikit pembacaan supaya tak nampak blur masa jawab soalan dari penemuduga. Jangan jadi pemalas yer!

3. JANGAN mengunyah gula-gula getah ketika sesi temu duga. Sangat tak sesuai!

4. BETULKAN TULISAN. Jika diberikan borang permohonan kerja, isilah dengan kemas, lengkap dan tepat. Ambil masa, tak apa. Tak perlu terburu-buru sampai tulisan macam cakar ayam. Kesian penemuduga.

5. SIAPKAN DOKUMEN BERKAITAN. Bawa salinan resume untuk dirujuk penemuduga. Lebih baik jika sertakan bersama portfolio kemahiran kerja sebelum ni.

6. PROMOSI DIRI. Borang permohonan dan resume je tak cukup. Tidak kira bagaimana hebat pun korg dari segi akademik untuk jawatan yang dipohon, promosikan diri kat depan penemuduga tu penting. Jgn over sgt pulak! Overconfident pun nampak try hard sgt so relax skit atau korg akan end-up dilabel sebagai menjengkelkan.

7. KEBERSIHAN/KETERAMPILAN. Camner rasanya kalau masuk bilik interview tetiba ada bau ketiak hangit?! Mesti cringe kan. So, pastikan pakai bau-bauan kalau korg ada masalah bau badan atau bau kaki atau apa2 sajalah yg berkenaan dengan bau tak sedap ni. Jgn banyak sangat sampai menusuk hidung pulak. Balance yer!

8. JANGAN cuba-cuba untuk berjenaka ketika ditemuduga. Lain la kalau korg interview untuk jadi badut atau nak masuk Raja Lawak. Haa kalau yg tu sesuailah. Kalau temuduga biasa tak perlu semua tu.

9. TUNJUK MINAT. Tunjukkan korg sangat berminat bekerja di syarikat itu. Tapi ingat, minat perlu seimbang dengan ilmu pasal kerjaya tu. Kalau setakat minat jer, berat la penemuduga nak kasi green light.

10. JAGA BAHASA. Elakkan untuk guna bahasa pasar, slang atau kata-kata seperti ‘uh’, `hmmm’ dan sebagainya. Pilih perkataan yg berrsesuaian bila korg diminta untuk describe sesuatu yg berkaitan dengan kerja tersebut. Ingat, bahasa melambangkan bangsa!

11. JANGAN NEGATIF. Ulasan negatif pasal bekas majikan atau cuba merendah-rendahkan kualiti kerja org lain is a big NO-NO okay. Takut korg dilabel toxic dan kena reject pulak.

12. JANGAN CAKAP KOSONG. Elak utk berikan jawapan yang terlalu ringkas seperti ya atau tidak. Sokong jawapan korg dengan sedikit penerangan, fakta dan contoh. Ceritakan perkara yang dapat menyerlahkan bakat, kemahiran dan kesungguhan korg. Penemuduga biasa dapat rasa kalau korg main hentam jer.

13. BONUS? JANGAN terburu-buru bertanyakan hal gaji, cuti, bonus atau faedah sehingga korg benar-benar pasti jawatan tu milik korg.

Okay, kat atas tu cuma antara perkara penting yg korg kena ingat. Selebihnya terpulang la pada korg untuk fikir mana yg bagus. Letakkan diri korg kat tempat penemuduga tu dan bayangkan apa yg diorg nak. Tak susah pun, cuma jgn buat hal yg boleh merosakkan peluang korg. Semua tergantung pada diri sendiri yer. Good luck!

Kredit gambar utama: freepik.com

Read Previous

Siri iPhone 12 Akan Diperkenal 13 Oktober Ini

Read Next

Berkait Dengan Kesihatan Mental, Google Bantah Kamera ‘Beauty Mode’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 + ten =