Jika sebelum ini hanya jangkaan dan ura-ura, tetapi kali ini tidak lagi.
Seperti yang dijangka sebelum ini, Apple mengesahkan bahawa siri baru telefon pintar premium, iPhone12 akan diperkenalkan dalam acara ‘Hi, Speed’ pada 13 Oktober ini bertempat di Apple Park.
Sama macam acara yang dilakukan pada bulan lalu, ianya akan diadakan secara dalam talian menerusi website rasmi Apple atau pun YouTube rasmi Apple pada 14 Oktober jam 1am (waktu Malaysia).
Walaupun masih ada sekitar seminggu lagi untuk dilancarkan, ramai peminat Apple yang nampaknya sudah tidak sabar menunggu siri ini dikeluarkan; sejak dari iPhone 11 dilancarkan lagi.
Katanya siri iPhone12 akan didatangkan dengan 4 model yang mana pre-order boleh dilakukan bermula 16 Oktober nanti. Yang menariknya dalam siri ini ada ura-ura mengatakan ianya akan didatangkan dengan model mini dengan saiz cuma sebesar 5.4 inci je.
Datang dengan varian storan 64GB, 128GB dan 256GB, iPhone12 dikatakan akan dijual dengan harga bermula RM2,695 untuk model iPhone 12 mini, RM3,110 untuk model iPhone 12, RM4,148 untuk model iPhone 12 Pro dan RM4,564 untuk model iPhone 12 Pro Max.
Tapi, belum pun keluar iPhone 12, sudah ada jangkaan bagaimana rupanya nanti iPhone 13 dan iPhone SE yang dijangka akan dilancarkan pada 2021 dan 2022 nanti.
Kredit gambar utama: CNet