Kerjaya idaman: Imaginasi dlm kepala vs realiti!

Selalu sgt org tanya kan, korg lepas ni nak kerja apa? Dalam kepala mulalah pikir kerja apa yg glamour. Tak salah kan, duit dapat, fame pun dapat.  Tapi tau tak korg yg sesetengah kerja yg diidam-idamkan tu tidak lah seindah realitinya.

Ada antara kerjaya ni yang buat korg rasa terasing, membebankan dan boleh beri kesan buruk jangka masa panjang terutamanya pada kesihatan mental dan juga fizikal.

Kat bawah ni antara kerjaya yg realitinya tak sama dengan apa yg kita bayangkan.

Gamers

Buat duit dengan main game jer! Sapa tak nak. Gamers berjaya macam Soloz (perghhh, Mustang dia memang cunn) tu hanya ada 1 atau 2 jer dalam 1000. Memang ramai yang nak ikut jejak Soloz, tapi hakikatnya kerjaya ni kadang-kadang sangat isolating.  Kalau setakat main PUBG atau ML utk suka-suka tu lain dari jadikan ini kerjaya pilihan. Kalau nak juga kena berani bagi 200% yer. Satu, persaingan kat luar tu bukan sikit. Lepastu kena hadap game tu 12-14 jam sehari utk up rank. Kalau setakat 2 jam jerk korg tahan lupakan je la. Mental tak boleh koyak yer.

Ada beberapa org gamers pro yg kata kerja gaming ni buat diorg kurang fokus pada keluarga. No 1 adalah penyumbang income untuk gamers iaitu subscribers. Mula lah payah nak tinggalkan screen sebab takut hilang followers. Risiko kesihatan juga kena ambil kira. Carpal tunnel syndrome atau kederaaan pergelangan tangan bukanlah sesuatu yg mustahil.

Model peragaan

Modelling? Selalu tengok model2 ni life diorang mewah giler. Boleh pakai barang branded, selalu jer jetsetting dalam dan luar negara utk photoshoot. Tapi korg pernah tak terfikir yg semua tu apa yg korg nampak jer. Realitinya, kerjaya sebagai model ni tak lah semudah itu. Sedangkan supermodel cam Bella Hadid pun tak tahan kerja sampai 14-jam sehari! Kerjaya ni perlukan kerja keras dan sedia untuk commit pada jadual yg sangat demanding untuk bayaran yg kadang2 ciput jer.

Kalau setakat berbekal rupa tapi mental tak ready, toksah la. Takut breakdown pulak. Lagi-lagi kat Malaysia. Silap skit boleh kena kecam teruks yer.

Penulis

Pada sapa yg pernah tengok karakter Carrie Bradshaw dlm “Sex and the City” mesti teruja nak pilih kerjaya yg sama. Mana idaknyer, cara diorg gambarkan kerjaya ni sangat2 exciting. Realitinya, kolumnis atau penulis kena ada dana dari poket sendiri utk tampung kerjaya ni. Gaji yg korg dapat sbg penulis jarang lah dapat bayar untuk semua kemewahan yg kita bayangkan dlm kepala.

Dan selalunya, penulis kena buat banyak kerja sampingan lain atau cari partner yg boleh menyumbang pada pendapatan bulanan.

Bos restoran/café

Ada café sendiri? Bunyinya memang syok. Tapi persaingan dalam industry makanan ni sangat banyak. Satu cabaran yg ramai dah lalui adalah untuk pastikan modal cukup utk stay afloat.

Pastu korg boleh lupakan pasal social life. Nak bersosial atau lepak ngan kengkawan atau keluarga camner kalau kerja korg demand sampai 18 jam sehari. Kalau café takde org datang? Nak bayar gaji staff lagi. Sewa kedai? Apa yg membezakan café korg dengan lambakan café hipster dan restoran yg ada kat luar tu? Kos bahan mentah? Décor café? Boleh overstress nanti.

Pekerja kapal persiaran

Kerja atas kapal persiaran nampak macam cara mudah untuk buat duit dan travel keliling dunia. Tapi realitinya, cara hidup kat atas kapal lima bintang tu boleh jatuh tahap satu bintang yer. Takkan lah pekerja nak duduk kat bilik suite kan. Waktu kerja pun satu lagi, panjang tau. At least kena standby 24 jam untuk pastikan keselamatan atas kapal dan juga charter para penumpang yg ada.

Off day memang la ada, tapi hari bekerja memang intense. Bangun awal pagi dan biasanya habis lewat malam. Pressure, pepandai la korg handle. Takkan nak tunjuk kat penumpang yg korg penat terutama sekali kalau ada yg demand macam2.

Pereka fesyen

Ini semua gara2 “Project Runway.” Ramai yg terinspirasi nak jadi pereka fesyen terutamanya bila pikir peluang utk Fashion Week. Tak semudah itu yer. Industri fesyen ni bukan senang nak org nak masuk. Kebanyakan designers berharap pada pendapatan ikut projek. Itu pun kalau ada. Bukak butik sendiri? Dana? Kalau ada yg nak berkolaborasi ok juga, tapi kalau baru lagi kenalah pecah kepala utk pastikan design korg lain dari yg lain. Barulah org kenal.

Jurugambar hidupan liar

Kerja amik gambar je kan. Apa yg susah sgt? Dapat pulak travel tengok keindahan alam. Itu yg kita fikir tapi realitinya susah kot. Kelengkapan macam kamera dan lens kena beli sendiri, bukan murah okay. Pastu persaingan dalam industry ni pun boleh tahan juga. Risiko belum kira lagi. Iya lah, nak amik gambar yg luarbiasa kenalah ada cara yg tersendiri.

Kesabaran pun kena tinggi. Bukan senang nak kerja dalam situasi yg korg tak boleh nak jangka.

So, apa pun kerjaya yg korg pilih, semua ada risiko masing2. Sejauh mana korg boleh pergi dengan kerjaya tu terpulang pada komitmen yg korg bagi. Good luck!

Kredit gambar utama: freepik.com

Read Previous

Sebar Fitnah Ayam Berulat, McDonald’s Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Read Next

Cara Delete FB Orang Yang Meninggal Dunia Untuk Jaga Aib Arwah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen − 13 =