Kehilangan orang tersayang memang memeritkan, lagi-lagi dalam keadaan tidak diduga.
Jadi apa ‘nasib’ media sosial yang ditinggalkan? Terbiar begitu sahaja atau perlu di padam untuk mengelakkan aib kepada arwah?
Untuk memberikan kata laluan akaun media sosial kepada keluarga agak mustahil untuk semua orang. Mungkin ada yang melakukannya supaya apabila berita pemergiannya sampai, orang yang diamanahkan akan cepat-cepat memadam akaun FB arwah.
Tapi macam mana pula dengan mereka yang tidak mempunyai akses kepada akaun arwah? Jangan risau, kami ada caranya.
Masih ramai yang tak tahu sebenarnya akaun FB mereka yang telah ‘pergi’ meninggalkan dunia sebenarnya boleh di delete oleh ahli keluarga yang masih hidup.
Macam mana caranya?
- Pergi ke bahagian SETTINGS & PRIVACY > PERSONAL INFORMATION > MANAGE ACCOUNT > LEGACY CONTACT.
- Tetapkan LEGACY CONTACT dan PILIH DELETE AFTER DEATH.
Bila ada kawan-kawan atau keluarga laporkan mengenai ‘pemergian’ korang pada FB, FB akan ambil tindakan delete akaun korang selepas melakukan siasatan. Jadi tak payah risau kalau masih ada aib korang yang masih korang tak delete masa gunakan FB.
Yang paling penting, gunakan FB dengan berhikmah. Jangan jadi keyboard warrior pula.
Kredit gambar utama: Mumbrella