Sebelum teknologi kamera berevolusi kepada kamera digital, masyarakat dunia pernah berdepan dengan era menggunakan filem negatif yang perlu dicuci atau dicetak terlebih dahulu bagi mendapatkan sumber akhir dalam bentuk hardcopy.
Belakangan tahun ini, kita dapat lihat satu demi satu kedai yang menawarkan perkhidmatan memproses filem negatif lama ditutup menyebabkan mereka yang masih lagi setia dengan cara ini berdepan dengan kesukaran sekiranya mahu mencetak momen yang dirakamkan menggunakan filem negatif lama ini.
Tahukah anda, momen yang dirakam menggunakan filem negatif lama sebenarnya boleh anda tukarkan ke momen digital tanpa perlu mengeluarkan satu sen kos pun?
Haa, mari kami kongsikan cara yang digunakan pemuda Thailand yang dikenali sebagai Jh-Arland Pasion.
Mudah dan jimat. Buat sendiri je dekat rumah. Boleh tonton video di bawah untuk lebih mudah.