Bahaya! Guna Telefon Masa Ribut Petir Boleh Sebabkan Risiko Hingga Ragut Nyawa

Belakangan ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberikan amaran akan berlakunya ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di hampir semua kawasan di seluruh Malaysia.

Kredit: MyKMU

Ramai yang masih ambil ringan dengan penggunaan telefon semasa berlakunya cuaca sebegini. Tahukah anda penggunaan telefon semasa cuaca ribut petir ini boleh menyebabkan risiko keselamatan sehingga meragut nyawa?

Semasa berlakunya rebut petir, adalah lebih selamat menggunakan telefon bimbit daripada menggunakan telefon yang disambung dengan kabel telefon dalam bangunan. Ini kerana telefon yang bersambung dengan kabel mampu bertindak sebagai konduktor cas elektrik yang memungkinkan ia disambar petir.

Menurut Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon, telefon bimbit yang disambung dengan wayar pengecas yang berplug juga sebenarnya boleh meningkatkan keberangkalian disambar.

Kredit: Pxhere

Mengikut definisi pertubuhan kaji cuaca sedunia, proses kilat petir yang juga merupakan satu proses nyahcas elektrik secara tiba-tiba yang berlaku apabila perbezaan tekanan yang tinggi antara atmosfera dan bumi yang akan menghasilkan petir.

Bila berlakunya petir, objek yang merupakan konduktor kepada aliran elektrik akan ditarik. Antaranya palang besi, pokok, kenderaan, paip tembaga dan besi, komputer serta bahan yang berunsurkan logam.

Malah kilat petir akan terus ke permukaan bumi terutamanya di kawasan lapang. Sebab itulah bila adanya petir, pastikan anda bukan di kawasan lapang yang mana arus kilat lebih mudah untuk berlaku kerana bumi merupakan medium pembumian elektrik yang sangat baik.

Kredit: Remaja

Malah pokok juga perlu dielakkan menjadi tempat berlindung kerana ketinggian pokok boleh menjadi elektrod kilat untuk ke permukaan bumi.

Jadi sedang Malaysia mengalami tempoh perubahan musim monsun ini, sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati dalam keadaan tidak terjangka.

Read Previous

Senyap-Senyap Kurangkan Kelajuan Hingga 50%, TM Kini Disiasat SKMM

Read Next

3 Gambar Ikonik Anak Malaysia Jadi Pilihan Instagram Apple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × five =