Ahli Perniagaan Malaysia Kantoi Godam Ratusan Organisasi Global Untuk Pasaran Gelap

Dua rakyat Malaysia yang merupakan ahli perniagaan iaitu Wong Ong Hua, 46, dan Ling Yang Ching, 32 telah ditangkap selepas kantoi bersekongkol dengan dua hacker dari China telah didakwa Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.

Kredit: Reuters

Mereka yang ditangkap bersama lima lagi rakyat China didapati telah terlibat dengan aktiviti penggodaman terhadap ratusan syarikat dan organisasi secara global, khususnya di Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Korea Selatan dengan sasaran bertumpu kepada syarikat teknologi, universiti, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Menyasarkan industri permainan video, kumpulan ini didapati menggunakan beberapa taktik antaranya penyelewengan wang dengan mencuri barangan in-game dan menjualnya di pasaran gelap selain daripada menuntut wang tebusan dan mengintip aktiviti Hong Kong.

Kalau tengok daripada teknik dan peralatan yang digunakan, pakar siber menggelar mereka ini sebagai APT41.

Kredit: NST

Tapi di sebalik daripada aktiviti tersebut, tiada unsur politik ditemukan walaupun komputer yang mereka gunakan boleh mengakses sistem komputer kerajaan India dan Vietnam.

Disebabkan Amerika Syarikat tak ada perjanjian ekstradisi dengan China, kesemua warga China tersebut masih bebas manakala dua warga Malaysia telah ditahan pihak berkuasa tempatan di Sitiawan, Perak pada 14 September lalu.

Kredit gambar utama: Readwrite

Read Previous

Kolaborasi IKEA x ASUS’ ROG Hasilkan Perabot Khas Buat Kaki Gaming

Read Next

Maklumat Penuh Bantuan Prihatin 2.0, Tarikh Semakan Dan Pembayaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 − three =