Kolaborasi IKEA x ASUS’ ROG Hasilkan Perabot Khas Buat Kaki Gaming

Tahukah anda, ¼ daripada jumlah keseluruhan penduduk dunia bergelar sebagai gamers? 

Disebabkan jumlahnya yang besar iaitu melebihi 2.5 bilion orang inilah IKEA nampak ada peluang untuk mereka cuba ceburi bidang perabot khas untuk kaki gaming.

Kredit: LiveatPC

Berhasrat mahu meningkatkan pengalaman kaki gaming semasa bermain, IKEA yang mempunyai rasa ingin tahu bagaimana perabot mampu mempengaruhi kehidupan kaki gaming ni telah menjalankan kerjasama dengan UNYQ dan Area Academy bagi meneroka dunia gaming seterusnya berhasrat menjalankan kolaborasi dengan Republic of Gamers (ROG).

Kredit: IKEA Newsroom

Menjanjikan pengalaman di satu tahap yang baru, IKEA memaklumkan sekitar 30 jenis produk akan dikeluarkan di bawah koleksi ini yang mana buat pertama kalinya dirancang dilancarkan di China pada Februari 2021 sebelum memasuki pasaran IKEA global bermula Oktober 2021.

IKEA yang terlalu berahsia mengenai produk koleksi ini bagaimanapun dijangka akan mengeluarkan beberapa perabot asas dalam koleksi ini iaitu meja dan kerusi dengan harga mampu milik.

Bagi mengetahui mengenai keperluan dan kehendak kelompok sasaran, IKEA juga dilaporkan telah mengadakan perjumpaan dengan beberapa gamer profesional dan kaki gaming.

Kredit: IKEA Newsroom

IKEA pakar perabot rumah bergabung pula dengan ROG yang memang tengah trend sekarang ni, memang meletuplah kan? Kalau macam ini, tak mustahillah ramailah kaki gaming yang akan tangguh hasrat nak beli perabot untuk dorang main game kan semata-mata tunggu produk gaming dari IKEA ni?

Sumber: IKEA

Kredit gambar utama: Entertainment Box

Read Previous

Apple Watch Series 6 Lengkap Dengan Fungsi Sensor Oksigen Dijual Bermula RM1,749

Read Next

Ahli Perniagaan Malaysia Kantoi Godam Ratusan Organisasi Global Untuk Pasaran Gelap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

six − 4 =